Skip to content

Kelmarin, semalam dan hari ini..

05/11/2009
KELMARIN…
Hujan turun lebat betul.
Sesekali Sang guruh berdentam dentum.
Kulihat Sang kilat berkejar-kejaran di langit tinggi.

1280788-1-rain-day

KELMARIN…
Dalam kehujanan itu..
Kau datang kepadaku..
Kulihat..
Wajahmu basah..
Aku menjadi pilu..
KELMARIN..
Satu demi satu kisahmu kauceritakan padaku..
Kau bercerita lagi..
Dan lagi..
Tanpa henti..
Aku menjadi lebih pilu..

nature-sadtree_1024x768

KELMARIN..
Kau katakan padaku..
Jiwamu sakit..
Hatimu sempit..
Kau mengongoi kesakitan…
Meratap kesilapan silam..
Kesilapan yang maha kejam!
Wahai Engkau!
Masakan jiwamu tidak sakit?
Masakan hatimu tidak sempit?
Apabila kau biarkan Si Pengkhianat  JAHILIYAH bebas merempit?!

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Namun, itu kisah hari  KELMARIN.
Dengar sini..aku nak bercerita kisah hari SEMALAM pula.

13880blue_sky

SEMALAM..
Hujan dah berhenti.
Sang guruh pun dah tak ada lagi..
Sang suria pula  tersenyum berseri-seri..
Aku dah tak nampak lagi Sang kilat berlari-lari..
SEMALAM..
Kau datang lagi kepadaku..
Dan lagi..kau bercerita sesuatu…
SEMALAM...
Katamu..kau nak jadi orang baru..
Katamu..kau nak tinggalkan masa lalu..
Katamu ..kau nak bina hidup baru..
Katamu lagi..
Kau nak tangkap Si  JAHILIYAH itu..
Nak sumbat dalam lokap..
Nak kunci kuat-kuat..
Tak nak bagi lepas..
Biar padan muka dia!!

pd_prison_070627_ms

Eh Engkau!
Kau nak tahu?
SEMALAM..
Aku dah tak pilu..
Aku dah tak sayu..
Sebab aku percaya dengan kata-katamu..
Yalah..kau kan kawan aku!
Aku genggam kemas-kemas tanganmu..
Aku akan cuba yang terbaik untuk membantu..
Tapi..kau kena janji sesuatu..

jalan-lurus-jalan-tegak

Kau kena KUAT!
Kau kena TABAH!
Kau jangan mudah tunduk, kawan!
Sebab untuk berubah bukan mudah!
Aku akui..nak berubah, memang susah!
Sebab Si Pengkhianat Jahiliyah memang sengaja mahu jadikan engkau sampah!
Percayalah!!
Sebab itu aku  benci dia!
Aku benci JAHILIYAH!
Jadi, kau jangan cuba-cuba berkawan dengan dia..
Kau mengerti?
Perlahan-lahan,kau anggukkan kepala.
Aku betul-betul lega..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Itu kisah SEMALAM..
Mari aku ceritakan pula kisah hari ini..

hujan

HARI INI…
Kulihat langit..
Gelap sangat..
Gelap!
Sumpah aku tak tipu!
Tiba-tiba..
Sang guruh sudah mula berlagu..
Kunampak di sebalik awan hitam itu..
Ada bayangan Sang kilat cuba main sembunyi-sembunyi..
Aku cemas..
Tidak semena-mena..
Bayangan wajahmu menerpa di balik retinaku..
Aku cemas..
Adakah  Sang Jahiliyah – Si Pengkhianat bolos, lalu melarikan diri?
Dan menghurung dirimu kembali?
Aku sendiri tak pasti………………………….

jahiliyah

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Satu Dedikasi buat Diri dan Teman-teman yang dicintai..

Buat yang masih teguh memerangi karat jahiliyah yang masih bersarang di hati, teruskan langkahanmu!
Namun, jika ada yang mula hilang arah tuju..
Kufaham, bukan mudah untuk memenggal musuh itu..
Namun, jangan pernah putus asa!
Teruskan memacu laju kuda perangmu..
Menuju ke medan jihad itu!
Menang atau syahid..
Itu sahaja pilihanmu.
(Jika diikutkan hati, ingin sahaja aku tagih janjimu dahulu. Namun, itu kau punya hati. Hanya Rabbi yang Maha memegang hati. Aku sudah cuba untuk memberi. Namun, pemberianku mungkin tidak cukup baik. Ataukah aku yang belum cukup baik? Sungguhpun begitu, dalam kidung doaku, kumohon agar janji yang kaupatri dahulu akan menjadi sesuatu yang PASTI. Itu doaku.)

Aku yang setia menanti..doaku tidak pernah henti,

halawatul iman

Sheffield

26 Muharram 1430

One Comment leave one →
  1. nur rakhawah permalink
    06/11/2009 4:52 am

    jazakillah enti

    sangat terkesan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: