Skip to content

from heart to heart~

15/11/2009

Wahai diri yang sering lupa

Yang sentiasa lalai dan penuh leka

Muhasabahlah  dirimu sentiasa

Teguhkan lah ia  dengan iman dan taqwa

Dan suburkanlah ia  dengan semangat yang menjulang-julang tingginya

Agar dikau menjadi kuat dan sukar mengalah…

bukan_lemah

  • Ingatlah islam pernah menguasai 2/3 dunia suatu ketika dahulu.Tidak mahukah  diulangi  kegemilangan itu kembali ? Maka, bangkitlah semangat jihadmu wahai syabab!!!
  • Sesungguhnya petunjuk Allah itu jelas & nyata. Mohonlah kepada Allah agar sentiasa dibukakan pintu hatimu untuk menerimanya.Maka,jadikanlah al-quran dan hadith sebagai bekalan dan panduan dalam meniti perjalanan hidupmu ke gerbang  akhirat .

“Alif Lam Mim.Inilah ayat-ayat al-quran yang mengandungi hikmah.Sebagai petunjuk dan rahmat buat orang-orang yang berbuat kebaikan iaitu orang yang melaksanakan solat, menunaikan zakat dan mereka yang meyakini adanya akhirat.” (31:1-4)


  • Sesungguhnya, Allah mengujimu kerna Dia amat menyayangimu.Masakan Dia tidak tahu betapa sakitnya dan remuknya hatimu , betapa sedih dan luluhnya jiwamu. Tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerna Dia lebih tahu apa yang terbaik untukmu dan mungkin dengan itu, lebih mudah  untuk membawamu agar lebih dekat kepadaNya. Remember, no matter what happenend, Allah will always be there for you.

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (2:216)


“Apakah kam mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar .” (3:142)


“…ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”(2:214)


  • Carilah ilmu kerana Allah. Sesungguhnya, sekiranya kamu inginkan dunia maka carilah ilmu dan sekiranya kamu inginkan akhirat maka carilah ilmu.Oleh itu, sekiranya kamu inginkan kedua-duanya maka carilah ilmu .
  • Masa itu adalah rawatan. Maka, jadikanlah pengalaman lalumu sebagai pengajaran untukmu menempuh hari yang mendatang yang penuh onak dan liku .
  • Ilmu intelek dan ilmu rohani tidak boleh dipisahkan . Seimbangilah kedua-duanya, agar kamu peroleh kejayaan yang luar biasa.

Ya, Allah permudahkanlah segala urusan kami dan kurniakanlah kejayaan buat kami di dunia mahupon akhirat ,dan berikanlah kekuatan buat kami dalam menempuhi pahit getir hidup ini.&  tetapkanlah kami sentiasa di atas jalan yang Enkau redhai.Amin ya rabbal alamin~ “

One Comment leave one →
  1. pengemis ilmu permalink
    19/11/2009 3:06 pm

    terima kasih. peringatan yang sangat bermakna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: