Skip to content

~Ini Sejarah Kita (Pra-ISK)~

15/11/2009

Kembalikan kegemilangan Islam…

Bile fikir-fikir  kembali, satu masa dahulu tamadun Islam dijulang tinggi, di kenali di seluruh pelusuk dunia. Hebatnya perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabat sehingga membawa Islam ke puncak kegemilangan. Tapi kini ?? Islam yang pernah menakluki 2/3 dunia telah hilang. Kini umat Islam sudah tidak bersatu..atau lebih teruk, pentingkn diri sendiri. Orang Islam skrg dah tak mcm dulu. Org Islam kini tak sekuat orang Islam zaman Rasulullah dan sahabat-sahabat. Tak dpt dinafikn..ade yang kuat..tp amat sedikit  jika dibandingkn dgn jumlah org islam yg ade skrg..ya! kita ramai..tp kite ibarat buih!hanyut di tiup  angin zaman yang penuh kemungkaran.. zaman yg kejayaannya dinilai dgn harta dan kemewahan semata-mata..

Knp kite diciptakan??untuk menjadi khalifah kn? Fikirlah kawan-kawan..ingatlah tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah ini..kembalikan tamadun Islam yg hebat seperti dulu..Ingatlah janji Allah..siapa yang tolang agama Allah, nescaya syurga yg abadi menantinya..

Surah Ali-Imran:142
:…Adakah kamu menyangkan bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?…”

kawan-kawan..fikir sejenak ayat di  bawah ni…

An-Nisaa:97
“..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”

~Jadilah manusia logam~

“Manusia ini ibarat logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya. Sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahaman…

INGATLAH!!

“Orang mukmin yang kuat adalah lebih disukai Allah dari orang mukmin yang lemah”

4 Comments leave one →
  1. 15/11/2009 12:46 pm

    masyallah.jazakillah for the sharing sis. very inspiring. jom kita gilap balik potensi kita sbg logam!

    nanti kalau ada sharing yang lebih lanjut kat leicester, tulis lagi ya sis!🙂

    love,
    k wani

    • mirahamira permalink*
      15/11/2009 1:31 pm

      jom kiter gilap balik..thanx jgk kak wani byk share ilmu dgn kiteorg semua…jzzkllh jgk tuk sis2 yg involve tuk isk kt salsabila~

  2. pengemis ilmu permalink
    19/11/2009 3:03 pm

    salam.

    terima kasih atas perkongsian. penulisan yang ringkas, tapi ada mesej yang ingin disampaikan. cuma, saya pernah dengar org kata, pengisian Ini sejarah kita ni, ada menyentuh tentang kegemilangan pemerintahan khalifah, mcm abasiyyah dan bagaimana kegemilangan tu hilang dalam sekelip mata atas sebab2 yang sgt tragis. ada kisah pasal kejahatan kamal attarturk lah, mcm2 sy dengar. teringin nak tahu. tapi sy belum berpeluang dgr ISK ni, boleh tak penulis blog ni tulis lagi dgn lebih mendalam. boleh nanti sy share dgn org lain. kami tak ada peluang dpt dgr2 program2 mcm ni kat tmpt kami.

    terima kasih in advance.

    -pengemis ilmu-

    • 19/11/2009 5:36 pm

      salam
      terima kasih banyak2 atas comment yg diberi
      post ni baru mengenai pre-ISK x masuk secara details
      lagi
      hanya ingin memberikan sedikit input ttg apa ISK ini sebenarnya
      insya Allah
      akan kami usahakan utk update tajuk ISK ini
      terima kasih sekali lagi~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: