Skip to content

Nota Cinta untuk Adik

21/11/2009

Wahai kakakku,

Kenapa lemah sungguh kaum Hawa itu?

Asyik berteman tangis dan sendu sahaja.

hh

Wahai adikku,

Bukan wanita itu lemah dek tangis dan sendunya

Kekuatan bias meleburkan ego seorang lelaki,

Menjadi izzah yang paling gah

Bahkan lebih gah daripada egonya seorang lelaki.

Kerana sendu rayunya, Musa  a.s terselamat daripada kekejaman Firaun.

Duhai adikku,

Lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata.

h

Namun kakakku,

Wanita itu fitnah dunia.

j

Pernahkah adikku dengar pesanan Ilahi pada hambanya,

“Wahai lelaki yang beriman, tundukkan pandanganmu dan tutuplah auratmu”

Cuba adik nilai kepada siapakah Allah dahulukan pesanannya?

Pada hamba yang bergelar Ar rijal (lelaki).

Kerana andai lelaki itu menjaga pandangannya, maka tidak akan mudah terlihat wanita yang menjadi fitnah pada dirinya.

Dan tidaklah Allah lupa pesanan buat wanita,

Agar memelihara auratnya kerana di situlah kehormatannya,

Bukan fitnah semata-mata jikalau ar rijal dan annisa itu sama sama mematuhi pesanan Ilahi,

Sesungguhnya seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada ribuan lelaki yang soleh.

j

Tetapi kakakku,

Kenapa wanita menjadi peragaan, tidakkah mereka merasa malu?

h

Wahai adikku,

Al haya’ (malu) itu ada dalam setiap insan,

Wujudnya seiring dengan nafas insan,

Al haya’ itulah pakaian iman,

Pada wanita itu, indahnya pada Al haya’ sebagai pembenteng diri.

Namun, bilamana  Al haya’ itu lebur, imannya runtuh.

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?

Kerana mereka sebenarnya paranoid.

Merasakan diri belum cukup menarik,

Mereka sebenarnya kalah daripada segi psikologi

j

Namun adikku,

Wanita solehah itu pasti menghindari diri mereka daripada perbuatan itu.

Wahai adikku,

1001 keindahan penciptaan wanita,

Pandai-pandailah dikau menilai,

Antara permata dan debu-debu kilauan pasir.

Wahai adikku,

Janganlah adikku gusar jika tiada lelaki hadir memetikmu,

Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,

Menggugurkan dirimu menyembah tanah,

Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan tinggi martabatmu.

kakakmu,

halawatul iman

@salsabila

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: