Skip to content

Erti kehidupan ~

27/11/2009

Bismillahirrahmanirrahim…hari ini menjelanglah sudah hari raya Aidil Adha yang dinanti-nanti sekian lama …Buat kami junior baru di sini , inilah pengalaman per-1 kami beraya di UK…sembahyang raya  bersama… bertakbir raya dari rumah ke rumah …menghadiri rumah terbuka…wah..bestnya ~ maka sedikit sebanyak mampu juga  menghilangkan rasa  kesayuan dan  kerinduan akan kesoronokan berada di tanah air tercinta….wajah mak,ayah ,adik ,pak ngah ,mak ngah ,cikgu dan kawan-kawan sentiasa bermain di mata…namun ,apakan daya …kena tetap akur …di sini aku belajar untuk menjadi insan yang kuat,tidak mudah mengalah…di sini aku juga belajar untuk pandai berdikari …dan di sini aku juga belajar tentang erti sebuah kehidupan…malahan pelbagai perkara baru yang aku telah pelajari di bumi yang agak asing ini….menghadapi muka baru ,bangsa baru ,cuaca baru , cara hidup yang baru …yang memang segalanya asing buatku …

teringat pula akan satu hadith yang berbunyi ‘…islam turut bermula sebagai asing dan akan kembali juga sebagai (ghuraba) asing, maka berbahagialah orang yang asing .”(riwayat Ahmad)


masa terus berlalu dan berlalu tanpa henti…pejam celik pejam celik sudah hampir 3 bulan rupanya aku berada di perantauan ini….waaaahhh sekejapnya… begitu cepat masa pergi meninggalkan aku  …pelbagai perkara telah kutempuh satu persatu…susah mahupon senang …itulah yang dinamakan adat dan lumrah bagi setiap insan yang bergelar Si pemburu …Pemburu??!…. hurmmm… Pemburu Ilmu~…tidak mengenal erti putus asa dan berani mencuba itulah kunci kejayaannya … setiap keringat dan kepayahan yang aku alami ….tidak akan dapat mampu memadamkan bara api  semangatku yang sentiasa menyala-nyala dan membakar…

Aku ingin menjadi seperti ilmuan islam terdahulu..Ibnu Sina yang bijak dalam perubatan sehinggakan beliau mendapat jolokan nama sebagai Bapa Perubatan Dunia…Alkhawarizmi yang begitu mendalami matematik,astronomi dan juga geografi…manakala Ibnu Haitam pula terkenal dengan kehebatan ilmu sainsnya … dan juga tokoh-tokoh islam terbilang lain  yang begitu ramai bilangannya …

Ibnu Sina

Alkhawarizmi

Ibnu Haitam

Aku yakin masakan Allah meletakkan aku di sini dengan sia-sia.. aku mesti sentiasa bermujahadah dalam memburu setiap impian dan cita-cita… doa dipinta tanpa henti .. restu ayah dan juga bonda yang tidak pernah putus-putus dipohon…akhirnya pergantungan tetap juga menjadi milik yang Maha Esa …Aku tidak tahu apa yang terbaik buatku … tapi aku cuma tahu bahawa Dia lebih mengenali aku daripada diriku sendiri… makanya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hidupku …

Kehiduan bagaikan bunga ..bermulanya juga dari anak benih yang kecil … yang perlu dibaja dan di sirami serta dijaga dengan baik ….maka lama-kelamaan ia membeasar dengan begitu cantik sekali… namun tiada siapa yang tahu…mungkin sahaja ia bakal diserang serangga yang mampu merosakkan kecantikannya…bergantunglah kepada kemampuannya untuk melawan dari segala serangan itu  … jika ia tidak diberikan racun serangga maka ia bakal kan mati terkulai layu…

Mengingatkan  pesanan ayah dan ibu …Walau di mana bumi yang kamu pijak.. Ingatlah di situ juga agama perlu dijunjung…. I am not just a student … I am also a muslim delegate…Subhanallah~… banyak rupanya tanggungjawab yang harus aku pikul … bukan hanya sebagai seorang anak ,kakak ,adik,pelajar dan juga rakan  bahkan aku juga sedang memikul tanggungjawab dalam menyebarkan agamaku…Islam is the way of  life ….Hidup ini tidak bermakna tanpa pegangan agama yang jitu…jika kita tidak mahu menjadi sepertimana bunga yang terkulai layu itu….moga aku dan kamu sentiasa berada dalam jagaan dan rahmatNYa yang berkekalan … Amin~Insya Allah

2 Comments leave one →
  1. Kak Azie permalink
    27/11/2009 4:07 pm

    Aminnn..inshaAllah akan menjadi pelajar yang cemerlang, mohon selalu kepadaNya di kala lapang dan susah 😀

  2. Kak Azie permalink
    27/11/2009 4:08 pm

    BTW, saper yg tulis article nie? Mira? Ayu? Dalila? Farzana?

Leave a reply to Kak Azie Cancel reply