Skip to content

ISK (part 2)

07/12/2009

Era Jahiliyyah

Era ini menjelaskan permasalahan dan kemerosotan yang dialami oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam dan keadaan dan suasana yang dihadapi oleh Muhammad s.a.w. dalam usaha menyampaikan seruan Islam.

jahiliyyah??jahil ni bodoh ke ape ek??

Dinamakan jahiliyyah bukan kerana mundur dr segi ilmu pengetahuan(tamadun Rome dan Parsi telah wujud pd masa itu). Tetapi mereka ini jahil kerana tidak mengenal tuhan sebenarnya..

Ketuhanan

Mereka asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. tetapi telah terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang. 400 tahun sebelum kedatangan Muhammad s.a.w. Amr bin Luhai membawa sebuah berhala Hubal dari Syam dan menjadi berhala yang pertama di Kota Makkah (diletakkan di atas Ka’abah). Setiap kaum mempunyai berhala mereka sendiri. Ada yang menjadikan berhala sebagai perantara dan masih menganggap Allah sebagai pencipta alam ini

(Surah Luqman 31: 25)

Asobiyyah Jahiliyyah

Mereka sangat mengagung-agungkan kaum sendiri. Mudah menimbulkan perbalahan antara kaum atas sebab-sebab yang remeh. Juga suka merendah-rendahkan kaum lain. Keagungan kaum diperolehi dengan kehebatan dalam peperangan dan kekuatan persenjataan.

Selain itu, sangat berleluasa perlakuan zina, judi, pembunuhan anak perempuan dan juga penindasan terhadapan golongan miskin dan anak yatim.

video kt bwh ni menceritakan kemunculan nabi Muhammad s.a.w dan kehidupan masyarakat jahiliyyah

Era Mekah

Dakwah bermula…

13 tahun (3 tahun secara sulit, 10 tahun secara terang-terangan)

(610M – 623M)

Era ini menyatakan peranan dan tugas utama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah, iaitu untuk berdakwah. Beberapa perkara lain yang perlu ditekankan adalah kesungguhan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dalam berdakwah dan isu utama yang diselesaikan oleh para pendakwah pada era ini (persoalan aqidah tauhid).

Apabila Muhammad s.a.w. menghampiri umur 40 tahun. Baginda mula pergi ke Gua Hira’ di Bukit Nur. Kisah penurunan wahyu diterangkan dalam hadith diriwayat Aisyah r.a.:

…Jibril menemui baginda dan memerintah baginda membaca dengan katanya: Bacalah (اقْرَأ), jawab baginda: Daku tidak tahu membaca (مـا أنـا بقـارئ), dipeluknya baginda sehingga kepenatan dan diperintah sekali lagi dengan katanya: Bacalah, jawab baginda: Daku tidak tahu membaca, maka dipeluknya hingga baginda kepenatan, diseru lagi dengan katanya, bacalah! dan jawab baginda daku tidak tahu membaca, dipeluknya Baginda kali ketiga kemudian dilepaskan dengan katanya:

wahyu pertama:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (١)خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (٢)اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (٣)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (٤)عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (٥)

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

(Surah Al-‘Alaq 96: 1-5)

Kemudian baginda s.a.w. pulang kepada Khadijah r.a. dan seterusnya bertemu Waraqah bin Naufal, mengesahkan kenabian baginda. Berlaku penangguhan wahyu selama 40 hari.

Wahyu kedua:

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (١)قُمْ فَأَنْذِرْ (٢)وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (٣)وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (٤)وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (٥)

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.”

(Surah Al-Muddastsir: 1-7)

Dengan turunnya wahyu 2 ini, dakwah Rasullullah s.a.w. pon bermula. Dakwah yang baginda s.a.w. jalankan terbahagi kepada 2:

Dakwah Sirriyah: 3 tahun secara sembunyi

Rasulullah s.a.w. kemudiannya memulakan seruan dakwahnya kepada mereka yang terdekat dan dipercayainya. Ini termasuk Khadijah, Zaid bin Haritsah, Ali bin Abi Thalib dan Abu Bakr r.a. (golongan pertama). Melalui Abu Bakr r.a. : ‘Utsman bin Affan, Zubair bin Al-‘Awwam, Abdul Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqas dan Thalhah bin ‘Ubaidillah r.a.. Seterusnya, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Said bin Zaid dan Fatimah Al-Khattab, Bilal bin Rabah, Abdullah bin Jahsy dan Suhaib Ar-Rumi. Selama 3 tahun, seramai 40 orang (anggaran) yang memeluk Islam.

Rasulullah tidak berlengah dalam memulakan seruannya. (قُمْ فَأَنْذِرْ) sudah cukup untuk menyedarkan manusia yang selama ini tertidur. “Sudah berlalu masa tidurku

Dakwah Jahriyyah: dakwah secara terbuka

Bermula dengan keluarga.Nabi menyeru kepada kaum keluarganya (2 majlis kenduri). Pertama: Rasulullah s.a.w berdiam diri dan langsung tidak berkata apa-apa pun kerana Abu Lahab membuat kecoh. Kedua: Abu Talib menyatakan kebersediaan dia untuk menyokong Nabi s.a.w.

Kemudian, seruan kepada masyarakat umum.

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.”

(Surah Al-Hijr 15: 94)

Nabi menyeru kepada penduduk Makkah di Bukit Safa.

Rasulullah berkata: Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu. Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu! Maka kata Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua, dengan itu turunlah ayat Allah yang bermaksud: (تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ) “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab “.

Nabi Muhammad s.a.w. meneruskan usaha menyebarkan Islam selama 13 tahun kepada setiap manusia di Makkah dan sekelilingnya.Pada permulaan dakwah,Nabi s.a.w. menyeru manusia mentauhidkan Allah s.w.t. dan kembali beriman dengan kehidupan Akhirat. Secara keseluruhannya, seruan ini berkisar mengenai Aqidah dan tidak banyak syariat Islam yang ditetapkan pada era ini.

Dakwah Islamiyyah tetap diteruskan walaupun mengharungi pelbagai dugaan.

  1. Antaranya: Penentangan oleh Kaum Quraisy dan juga Bani Tha’if.
  2. Tuduhan [Tenung nasib, Gila (Surah Al-Hijr 15: 6), Penyair, Sihir (Surah Sad 38:4)]
  3. Siksaan [Nabi, Mus’ab bin Umair, Bilal, Ammar dan Keluarga Yasir, Khabbab bin Al-‘Arts]
  4. Boikot selama 3 tahun pada tahun 7 Nubuwwah [Bani Hasyim dan Bani Muthalib]
  5. Diplomasi [Gilir-gilir sembahan (Surah Al-Kafirun), ‘Utbah bin Rabi’ah: Harta, Kehormatan, Raja atau bagi tabib]

Selama 13 tahun baginda s.a.w. melakukan dakwah di Makkah, hanya 300 (anggaran) orang yang menerima Islam sepanjang dakwah di Mekah.

mcm mana bilangan org islam daripada 300 tiba-tiba boleh meningkat kpd

124 000 semasa di Madinah??

to be continue…..

4 Comments leave one →
  1. knkmun permalink
    07/12/2009 3:21 pm

    salam…teruskan perkongsian =)

    we want more! we want more! hehe (peminat setia tinta nurani)

  2. juragan permalink
    07/12/2009 10:24 pm

    me too..me too..i want more too!!

    alhamdulilah, pengolahan lebih mantap dan lebih detail daripada entry sebelumnya. 4 thumbs up!

    just nak tanya, ..daripada part jahiliyyah tu, saya copy paste je dari tulisan di atas:

    jahiliyyah??jahil ni bodoh ke ape ek??

    Dinamakan jahiliyyah bukan kerana mundur dr segi ilmu pengetahuan(tamadun Rome dan Parsi telah wujud pd masa itu). Tetapi mereka ini jahil kerana tidak mengenal tuhan sebenarnya..

    erm, skrg ni ramai org islam kenal je tuhan. adakah maknanya kita skrg ni dah tak ada jahiliyyah lagi? mcm kita ni, especially pelajar/anak yg beragama islam dan solat cukup 5 waktu semua, insyalah kenal islam. jadi adakan kita ni dah bebas daripada belenggu jahiliyyah?

    sbb ada jugak sy tgk video kat you tube tu , sayonara jahiliyyah lah, tinggalkan karat jahiliyyah lah..maknanya kita ni semua ada jahiliyyah ke walaupun dah kenal islam dan Allah?

    sekadar bertanya.

    jzkk atas entry yg sgt bermanfaat.

  3. wanmai permalink
    07/12/2009 11:47 pm

    keep on writing! good job sis..

    nk bg pendapat pasal persoalan di atas.
    islam bukan sekadar mengenali Allah tp islam tu bile kite menjadikan islam as our way of life.
    2:208 : “O ye who believe! Enter into Islam whole heartedly and follow not the footsteps of the Evil One (shaitan); for he is to you an avowed enemy.”

    boleh relate juga dgn entry sebelum ni pasal islam vs Islam.
    bile kite x menjadikan islam tu sbg cara hidup atau melakukan prkra2 yg takde dlm ajaran islam, maka boleh termasuk dlm gol jahiliyyah..nauzubillah

    wallahualam.
    just my 2 cents.minta pencerahan dr yg lain🙂

  4. mirahamira permalink*
    07/12/2009 11:56 pm

    ermm..susah nk jwb ni..sy xboleh la nk bg fakta yg tpt..cume sekadar pendapat..jahilliyah ni x tahu..klo dlm konteks islam..x tahu agama.tp org kafir pun tau agama kn..dieorg x jahil ke??bkn mcm tue..agama ialah pegangan hidup atau lebih tepat lah ad deen(beriman pada allah- maknanya tak da sekelumit pun yg keluar daripada suruhan allah)..

    kalau dulu, jahiliyyah tu menyembah berhala, bunuh anak perempuan, rendahkan martabat perempuan..zina..minum arak..semua tue larangan Allah….tp skrg kite buat x pe yg Allah larang..??ade je org islam minum arak..zina..sumbg mahram..n mcm2 lg tue la.kn??

    klo di fikir2kn…dieorg ni betul2x knl Allah ke??klo kite tgk semula istilah islam itu sendiri(part 1)…islam itu berserah diri sepenuhnya kpd Allah..
    kite jgk tau petanda solat yg diterima ialah solat yg dpt mencegah melakukn kemungkaran..mcm mne tue??

    pd pendapat saya…kita skrg boleh di samakn dgn era mekah…kita stil de dakwah tp kita x ada tamadun islam…tp x boleh di samekn mcm era jahiliyyah sbb masa jahiliyyah xder dakwah..klo tgk pd certain individu plak..de je org Islam yg x mcm islam(buat je perkara yg Allah larang)..so bg sy samelah mcm jahiliyyah…

    maaf klo stil x jelas…same2lah muhasabah diri jd insan yg lebih baek..insyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: