Skip to content

ISK~part 3

12/12/2009

Madinah

Terbentuknya sebuah negara islam, berlangsung selama 10 tahun (623 – 633M)

Mcm mana Rasulullah dan org islam decide untuk berhijrah ke Madinah??

Antaranya ialah berlakunya penindasan kafir quraish ke atas org islam di Mekah (pemulauan dan seksaan), turunnya wahyu dr Allah kepada Baginda supaya berhijrah ke Madinah dan jemputan kaum Ansar ( pada masa ni dah ada org islam di Madinah)Kedatangan Rasulullah dan umat islam juga  disambut meriah oleh penduduk madinah.

Knp wujudnya umat islam di Madinah sedangkn Rasullullah tak pernah pun sampai ke madinah mse ni??ramai plak tue??

Sebabnya..dlm tempoh 13 tahun Nabi berdakwah di Mekah, sebilangan penduduk Madinah pergi ke Mekah untuk melaksanakan Haji..(jgn silap fhm. Haji yang di maksudkn ni bkn Haji mcm skrg. Haji masa ni sembah-sembah berhala kt kaabah). Pada mulanya, hanya 6 org yg tertarik dgn islam. Seterusnya 12 orang dan penghantaran Mus’ab bin Umair,Baiatul Aqabah I (tahun 12 Nubuwwah) dan 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan Baiatul Aqabah II (tahun 13 Nubuwwah), dan perlantikan 12 orang naqib untuk mewakili kabilah masing-masing.

Setelah islam diterima baik oleh penduduk Madinah. Turunlah arahan Allah untuk berhijrah ke Madinah.

Apa yg Rasulullah buat setelah sampai ke Madinah??

saudarakan kaun Ansar dan Muhajirin

bina masjid

Piagam Madinah

Kuasa di Tangan Islam

Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi pemimpin di Madinah dan disepakati oleh seluruh penduduknya dalam Piagam Madinah. Dengan adanya kuasa, pelbagai syariat telah diturunkan dan dilaksanakan dalam sistem negara. Manusia dapat melihat Islam daripada sudut aqidah, sosial, ekonomi dan perundangan. Dalam suasana ini, Allah s.w.t. telah mensyariatkan pelbagai hukum kepada ummat Islam.


Peristiwa penting

1.Pembinaan Masjib Nabawi.

2.Persaudaraan Aus dan Khazraj.

3.Piagam Madinah (Ibnu Ishaq): Ini menyatakan tanggung jawab Muslimin, ahli Madinah dan juga Kaum Yahudi.

4.Penghantaran kumpulan-kumpulan Sariyah, seperti peristiwa Nakhlah (Abdullah bin Jahsy)

5.Perang Badar 2 Hijriyyah

  • Perang pertama umat Islam. Peperangan yang tidak dijangka. (Surah Al-Anfal)
  • Bani Qainuqa’ dihalau (keran mengungkit cerita Bu’ath yang menyebabkan pergaduhan orang Ansar)

6.Perang Uhud 3 H (Syawal)

  • Peristiwa Raji’ (10 sahabat), Bir Ma’unah (70 sahabat pilihan hafaz Al-Quran)
  • Bani Nadhir dihalau

7.Perang Khandaq 5 H  (Zulqaedah)

  • Kemudian Rasulullah berkata: ”Sekarang kitalah yg akan menyerang mereka, dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yg akan mendatangi mereka.”
  • Perang Bani Quraizah

8.Perjanjian Hudaibiyah 6 H (Zulqaedah)

  • Nabi Muhammad s.a.w. bersama 1400 atau 1500 orang Muslim pergi untuk mengerjakan umrah.
  • Baiat Ridwan (Surah Al-Fath 48: 18)

9.Dakwah kepada Amir/Raja (diplomasi)

  • Najasyi (Habsyah) Ashamah b Al Abiar
  • Muqauqis (Mesir)
  • Kisra (Persia)
  • Kaisar (Rom)
  • Mundzir b Sawa (Bahrah)
  • Haudzah b Ali Al-Hanafy (Yamamah)
  • Al Harith (Damsyik)
  • Raja Uman
  • 10,Perang Khaibar 7 H
  • Serangan terhadap kubu kuat Kaum Yahudi di Khaibar.
  • Bilangan tentera Muslim : 1400 orang

11.Perang Mut’ah 8 H

  • Tentera Islam menuju ke Syam dan sampai ke suatu tempat yang jaraknya 2 hari berjalan ke Baitulmaqdis. Ketua tentera: Zaid Haritsah → Ja’afar → Abdullah bin Rawahah

12.Fathul Mekah 8 H

  • Dirahsiakan daripada pengetahuan Makkah
  • Kisah Hathib b Abi Balta’ah (ahli Badar) yang cuba memberitahu keluarganya di Makkah tetapi dimaafkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • Abu Sufyan bersama isterinya Hindun memeluk Islam setelah pembukaan Makkah.

13.Perang Hunain 8 H

  • Pertama kalinya tentera Islam melebihi tentera musuh.

14.Perang Tabuk 9 H

  • Tentera Islam pergi menyerang tentera Rom di Tabuk. Mereka menawarkan perdamaian dan membayar Jizyah. (Surah At-Taubah)

15.Haji Wida’ 10 H

  • Disertai seramai 124000 atau 144000 orang.

Peningkatan yang Mendadak

Setelah 10 tahun di Madinah, seramai 124 000 orang (atau 144 000 orang) telah menerima Islam. Jumlah ini merangkumi seluruh Jazirah Arab dan dianggar berdasarkan Haji Wada’ pada tahun 10 Hijriyyah. Kenapa ini boleh berlaku?

Hakikatnya dakwah Islamiyyah akan dapat diterima oleh ramai manusia sekiranya kebenaran dan keadilan Islam dipersembahkan sebagai sebuah model masyarakat dan negara. Dakwah tidak memadai dengan hanya menyatakan teori-teori dengan kata-kata indah.

Rasulullah bina Negara islam dlm masa 10 tahun, Malaysia dah Merdeka brapa tahun ek??52 kn..tp betul2 negara islam ke kita ni?? nk salahkn pemimpin ke?tp kalau fikir-fikir, semasa Rasulullah berdakwah di Mekah, walaupun ditawarkn untuk jadi pemimpin Mekah, Rasulullah tak terima. Rasulullah utamakan pembinaan akidah individu terlebih dahulu..fikir2xlah…

to be continue…

6 Comments leave one →
  1. e-man permalink
    15/12/2009 9:42 am

    jazakillahu khairan kathira atas entry yang terbaru. teruskan bercerita!

  2. mirahamira permalink*
    15/12/2009 1:30 pm

    InsyaAllah~teruskn membaca yer!

  3. 15/12/2009 5:04 pm

    Fuh! Penuh informasi…aku punya mengarut je banyak.

  4. mirahamira permalink*
    15/12/2009 8:40 pm

    moga bermanfaat~

  5. 16/12/2009 2:32 pm

    good job sis!! keep it up.. tahun depan boleh jadi penyamai ISK kat junior2 di Sheffield pulak ya. insyaallah.

    • mirahamira permalink*
      16/12/2009 4:45 pm

      xtau la kak wani..kite ni serba kekurangan,,huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: