Skip to content

Sister’s Day Out: Jom Boling!

15/12/2009
by

Riadah Time!!!


Satu pertandingan boling telah diadakan semalam (Isnin), pada jam 5.00 petang, bertempat di valley centertainment.

Riadah ini dijalankan dalam bentuk pertandingan. terdapat dua pasukan yang bertanding, baiklah saya namakan pasukan 1 dan pasukan 2.
Pasukan 1 terdiri daripada Kak Norshazwani (captain), Fatin Afiqah, Nur Hidayu, Kak Suriani, Fiza, Farzana dan Fatimah.
Pasukan 2 terdiri daripada Kak Zulfa (captain), Farah, Alina, Mira Kamil, Mira, dan Dalila.

Hanya satu slot perlawanan dipertandingkan kerana mengejar masa dan sebagainya. Walaupun hanya satu slot tetapi tetap menarik dan mampu merapatkan ukhwah. Pelbagai jenis balingan dan skill dapat dilihat, ada yang baling dengan sangat slow tetapi steady, balingan professional, balingan amatur dan sebagainya.

Setiap pemain sentiasa menyokong sesama pasukan, memberi semangat kepada pemain-pemain dalam pasukan sendiri. Mereka mengucapkan tahniah dan bagus apabila banyak pin yang dapat dijatuhkan. Paling menarik ramai yang berjaya dapat strike (Hebat la anda, tahniah!!). Namun begitu, walaupun terdapat persaingan yang sengit, tetapi mereka tetap memberi semangat kepada pasukan lawan.

Semasa pertandingan berlangsung banyak yang boleh saya pelajari, salah satu ialah skill bermain boling. Baru sekarang saya tahu pemilihan bola sangat penting untuk menjatuhkan pin dengan banyak, cara pegang bola pun kena la betul dan cara nak baling bola pun kena ada style dan sasaran yang tepat (fokus). Terima kasih(Jazakillah) kepada kak Wani dan Fatimah yang telah mengajar saya. Akhirnya dapat juga saya membuat hayunan bola yang agak cantik, alhamdulilah.

Menariknya pertandingan ini walaupun sekadar bermain-main dan berseronok tetapi hadiah disediakan untuk pemain terbaik dan pasukan yang menang. Tahniah diucapkan kepada pasukan 2 (pasukan terbaik) dan Mira (pemain terbaik). Hadiah berupa senaskah mathurat yang disediakan oleh MSM Sheffield. Malah, setiap pemain diberikan saguhati berupa badges bermesejkan islamik sumbangan kakak-kakak Salsabila. Terima kasih kepada yang menyediakan hadiah (Jazakillah). Beribu-ribu ucapan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan pertandingan ini. Insyaallah nanti boleh buat lagi pertandingan-pertandingan seumpamanya.

Selepas pertandingan terdapat sessi tazkirah dan penyampaian hadiah. Tazkirah yang diberikan sangat berguna. Salah satunya ialah kita sebagai umat Islam hendaklah membetulkan niat sebelum membuat sesuatu dan memulakan dengan doa. Selain itu, bak kata kak Wani hebatnya Islam kerana sekiranya orang berbuat baik kepada kita, kita diajar bukan sekadar memberikan ucapan terima kasih tetapi kita juga boleh mendoakan kembali orang itu dengan mengucapkan ‘Jazakillah’ yang bermaksud semoga Allah memberikan kebaikan kepada kamu. Terima kasih(Jazakillah) diucapkan kepada Alina dan Kak Wani diatas sedikit ilmu yang disampaikan. Besar pahalanya jika dipraktiskan oleh ramai. Mudah-mudahan kita mempraktiskan ilmu yang kita pelajari ini. Amin.

ukhwah!!

Selain itu, melalui program ini, ia mengajar saya erti tanggungjawab kerana saya diberikan satu tugas yang cuba saya pikul sebaik mungkin. Saya diamanahkan untuk bertindak sebagai chief de mission atau masulah dalam bahasa arabnya. Secara jujurnya, sebelum ini, saya kurang terdedah dengan pemberian tanggungjawab seperti ini, namun alhamdulilah, saya cuba sebaik mungkin untuk melaksanakannya walaupun mungkin terdapat kekurangan di mana-mana. Namun, inilah tazkirah (peringatan) yang saya pelajari untuk diri sendiri, sehebat mana pun manusia merancang, Allah lah yang menentukan segala-galanya. Tidak semua perkara yang dirancang akan betul2 menepati apa yg tercetak di helaian tentatif. Jadi jika kekurangan berlaku di mana-mana, kita seharusnya memuhasabah diri, bersabar, tidak mudah terburu-buru apatah lagi menuding jari ke arah orang lain. Disini saya juga ingin memohon maaf kepada semua yang hadir jika terdapat kekurangan dimana-mana semasa pertandingan ini berlangsung. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah. Ini kerana kelemahan itu adalah milik insan dan kekuatan yang hakiki hanyalah milik Tuhan. Alhamdulilah, moga-moga aktiviti seumpama bukan sahaja dapat merapatkan lagi hubungan sesama insan atau ukhwah, malah kita dapat memuhasabah diri dan berfikir tentang kebesaran Allah.

Sekian.

11 Comments leave one →
  1. 16/12/2009 12:17 pm

    waiyyaki my beloved sis!!!

  2. kak zulfa permalink
    16/12/2009 9:56 pm

    good job! lepas ni kita main lg k.

  3. 17/12/2009 2:20 pm

    cheif buat lagi tournament nxt time !!! JOm kita gegarkan lagi pusat bowling sheff …(wohoho bunyi agak hiperbola tanda semangat gler haha)..thanks sis

  4. 17/12/2009 10:23 pm

    pd masulah cik mira…next time leh main badminton plak, mabruk dik..:)

    • mirahamira permalink*
      17/12/2009 10:58 pm

      badminton??kite suke!!!jom3..nk maen..lme x kuar peluh..dalila pun nk maen jgk..jom3..!!plan la kak..

  5. mirahamira permalink*
    17/12/2009 11:03 pm

    badminton??kite suke jgk!jom2 kak yatie…dalila pun nk jgk..plan la kak..InsyaAllah kami boeh join..

  6. 17/12/2009 11:42 pm

    bila nak buat tu? suruh mira pulak jadi chief de mission pertandingan badminton..

  7. 19/12/2009 1:50 am

    hahahah
    itu sudah bagus …great ..bile???! cik mira sila jawab heheh

  8. mirahamira permalink*
    19/12/2009 10:46 pm

    ai kak wani..ape kate u je yg buat…xpun dalila..hahaha

  9. 20/12/2009 4:16 pm

    oh..kenapa pulak i? u kan atlit terkemuka kat sekolah u. katanya watson nyambek tu kawan baik u..huhuhu

  10. mun82 permalink
    21/12/2009 1:35 pm

    salam..huhu jeles ok…wah tk sangka adik2ku berbakat belaka…hehe…

    majulah sukan untuk membina kecergasan dan kekuatan ummah😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: