Skip to content

Misi Kasih Palestin

19/12/2009

“Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Pihak Majlis Syura Muslimun (MSM) Sheffield telah melancarkan satu misi amal yang diberi nama Misi Kasih Palestin (MKP). Misi ini terbahagi kepada 2 aktiviti utama iaitu melancarkan Program Tabung Palestin dan keduanya misi menghantar delegasi ke kem pelarian Palestin di Lubnan.

Tabung Palestin

Objektif utama kami melancarkan Tabung Palestin ini ialah untuk membantu:-

  • meringankan keperitan hidup rakyat Palestin yang menghadapi tekanan hidup disebabkan kekejaman dan kezaliman Zionist atas dasar hak kemanusiaan yang selama ini diketepikan.
  • Pendidikan anak-anak Palestin.

Misi ini akan memberi fokus kepada rakyat Palestin yang tinggal di Kem Pelarian di Lubnan yang kini di diami oleh 360,000 pelarian berdaftar

Sumbangan boleh disalurkan terus ke:-

Name : A R B Mohmad
Bank : HSBC UK
Sort Code : 404131
Account Number : 41535366
Reference : Tabung Palestin 2010

Delegasi ke Kem Pelarian Palestin

Objektif utama misi ini ialah untuk menyampaikan secara terus bantuan kepada rakyat Palestin melalui pihak berkuasa di sana. Selain itu, misi ini juga bertujuan untuk memberi ‘first hand experience’, pendedahan serta tarbiyyah (pendidikan) kepada wakil delegasi. Seterusnya, pengalaman yang diperoleh ini akan dikongsi bersama masyarakat Malaysia di UK.

Pemimpin delegasi misi ini diketuai oleh saudara Yusuf Johari yang merupakan pelajar Masters di University of Sheffield. Beliau telah pon berpengalaman mengunjungi ke kem pelarian Palestin sebanyak 3 kali.
Mereka akan bertolak ke sana kira-kira pada bulan September 2010. Manakala kos perjalanan  mereka initidak akan menggunakan wang Tabung Palestin tersebut.

Semoga Allah memberkati sumbangan dan usaha kita.

“Wahai orang-orang yang beriman!, Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kau dari azab yang pedih?. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”

(As-Saff 10-11)


Ketua Projek,
Abdul Rahman Mohmad
Sheffield, United Kingdom

(artikel digarab daripada http://mkpalestin.blogspot.com/)

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: