Skip to content

ISK~part 5

24/12/2009

Umayyah

Perluasan kawasan jajahan islam

Era bermula pada 661 hingga 750 Masihi

Khalifah pertama adalah Muawwiyah bin Abi Sufyan. Bermula era pemerintahan berbentuk dinasti. Kerajaan Bani Umayyah berpusat di Damsyik, Syam. Antara tokoh pemerintah dalam era ini adalah Umar bin Abdul Aziz.

Dalam era ini, berlaku perluasan kuasa Islam secara besar-besaran:

Misi ke Constantinople

Tahun 48 Hijriyyah, kumpulan tentera Islam yang pertama dihantar oleh Muawwiyah ke Constantinople (diketuai oleh Sufyan bin Auf). Usaha ini tidak berjaya. Antara sahabat yang pergi adalah Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Husain bin Ali dan Abu Ayyub Al-Ansari r.a. (syahid dan dikebumikan di tepi tembok kota itu).

Misi ke Afrika Utara

Tahun 50 Hijriyyah, kumpulan tentera Islam yang diketuai oleh ’Utbah bin Nafi’ memulakan misi perluasan kuasa ke kawasan utara Afrika. Usaha ini berjaya sampai ke Maghribi. Beliau kemudiannya turun ke Laut Atlantik bersama kudanya sehingga kudanya hampir lemas dan berkata: ”Sekiranya aku tahu di hujung sana masih tanah, aku akan teruskan.”

Tetapi masalah murtad dan pemberontakan timbul selepas itu kerana kurangnya pentarbiyyah kepada masyarakat setempat.

Musa bin Nusair menyambung usaha ini dan melakukan perluasan kuasa yang lebih perlahan dan menyelesaikan masalah yang sebelum ini timbul melalui pentarbiyyahan kepada masyarakat setempat. Lahirlah Tareq bin Ziyad yang merupakan bekas hambanya yang berbangsa Baybar (Afrika Utara) bersama Musa untuk menawan Andalus.

Misi ke Andalus

Misi ini dilakukan oleh Musa bin Nusair dan juga Tareq bin Ziyad pada tahun 92 – 94 Hijriyyah.

Dengan itu, Islam telah sampai ke Eropah dan juga menguasai pintu masuk Perairan Mediterrenean. Tertubuhlah sebuah kerajaan Islam di Andalus (Tetapi Islam dihalau pada tahun 892 H bersamaan 1492 M).

Benua Afrika, terutama Afrika utara merupakan daerah yang penting dalam kaitannya dengan Andalusia dan juga penyebaran Islam di Eropah.

Ia merupakan pintu gerbang utama masuknya Islam ke wilayah yang selama berabad-abad lamanya di bawah kekuasaan Kristian dan menjadi benteng pertahanan Islam untuk ke wilayah Eropah.

Para sejawaran sepakat menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Andalusia adalah di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad yang telah memimpin pasukan tentera menyeberangi lautan Gibralta menuju ke semenanjung Iberia itu.

Pasukan Islam yang hanya berjumlah 7000 orang itu perlu berdepan dengan tentera Visigoth yang berkekuatan 100,000 tentera lengkap bersenjata. Lalu bagi meningkatkan semangat dikalangan pasukan Islam, dikatakan bahawa Tariq ibn Ziyad mengarahkan agar kapal mereka dibakar, dan beliau berkata:

“Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan

kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah

kejujuran dan kesabaran. Ketahuilah bahawa di pulau ini kalian lebih terlantar

dari pada anak yatim yang ada di lingkungan orang-orang hina. Musuh kalian

telah menyambut dengan pasukan dan senjata mereka. Kekuatan mereka sangat

besar, sementara kalian tanpa perlindungan selain pedang-pedang kalian, tanpa

kekuatan selain dari barang-barang yang kalian rampas dari tangan musuh

kalian. Seandainya pada hari-hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini,

tanpa adanya perubahan yang berkesan, nescaya nama baik kalian akan hilang,

rasa gentar yang ada pada hati musuh akan berganti menjadi berani kepada

kalian. Oleh kerana itu, pertahankanlah jiwa kalian.”

Misi ke Sempadan India

Berlaku pada tahun 50 H.

Dalam era ini, tumpuan utama umat Islam adalah untuk menyebarkan Islam dan memperluaskan penguasaan kerjaan Islam. Abdullah Ibn Al Mubarak (seorang ahli hadith) mengutuskan surat kepada kawannya, Al-Fudhail bin Iyadh (seorang ahli ibadah yang zuhud dan ahli hadith):

“Tidak akan aku temui debu kuda pada seseorang dengan asap neraka yang menyala.”


to be continue…

One Comment leave one →
  1. 11/12/2011 6:15 pm

    salam ziarah, menarik cerita andalusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: