Skip to content

Bidadari Besi

02/01/2010

-Khaulah Al-Azwar-

Nama yang cukup indah. “Khaulah Al-Azwar”, seiring dengan peribadinya yang tangkas dan penuh semangat dalam memastikan kemenangan islam. Ya Muslimat! Renungkanlah kisah seorang ‘Bidadari Besi’ yang perlu kita contohi dalam mengharungi perjuangan yang pasti berkesudahan dengan kemenangan…takbir!

Khaulah Al-Azwar merupakan seornag wanita yang hidup di zaman sahabat RA. Beliau merupakan adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi pencinta islam. Ketangkasan dalam teknik bertempur turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Beliau diceritakan sebagai seorang yang paling handal berlawan dalam sejarah islam.

Episod-episod penglibatan Khaulah dalam perang-perang islam tercatat dalam Maghazi Rasulillah hasil kompilasi Muhammad Bin Umar Al-Waqidi Al-Aslami. Dalam perang Yarmuk , peran utama yang menjadi pembuka Syam,beliau menjadi salh seorang yan menonjol atau meminpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami  kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan oleh tentera Rom sewaktu penggempuran di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut . Dengan berpakaian hitam, berserban hijau dan meggunakan skarfnya sebagai topeng menutupi mukanya . beliau yang menyertai pasukan Khalid Al-Walid meluncur laju k e arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe Bin Umaira ,panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid “.

Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak .Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom ,membunuh seorang dengan tombaknya ,lalu meluncur ke arah barisan Rom;mencederakan dan  membunuh tentera Rom lain .Beliau membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.

Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukkan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya  yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya ). Akhirnya, tentera Muslimin, bersma Khaulah berjaya .

Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung dan dikawal rapi selama beberapa hari. Walaupon agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.

Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di jalan Allah apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom ? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu ? Di manakah letaknya harga diri saudari sebagai pejuang yang rindukan syurga Allah ? Dimanakah letaknya kehormatan  saudari sebagai seorang islam yang bertaqwa ? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom.”

Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara menentang pengawal-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-rakannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan . Sebelum mara Khaulah menyampaikan suatu kata-kata kepada rakan-rakannya : “Janganlah saudari sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat.”

Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan itu.

( diambil daripada sebuah booklet  Perhimpunan Musim Sejuk 1, 2009  )

One Comment leave one →
  1. princes islamiq permalink
    27/10/2011 6:33 am

    uhhubuqqi islam………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: