Skip to content

Surah terakhir

03/03/2010

Salam..

Pada beberapa bulan yang lalu, saat-saat akhir sebelum naqibah saya meninggalkan UK, antara surah terakhir yang selalu diingatkan dan dinasihatkan kepada saya adalah surah Al Hujurat. Malah, lebih menarik, semasa saya menghadiri satu majlis ilmu di sebuah masjid, imam masjid tersebut membaca surah yang sama ketika solat subuh jemaah dan imam tersebut menangis teresak-esak tatkala mengalunkan surah tersebut.

Dan beberapa hari yang lalu, ada peristiwa yang membuatkan giliran saya pula menangis teresak-esak dalam solat apabila cuba menghayati surah ini.

Surah ini hanya terdiri daripada 18 ayat sahaja. Surah madaniyah, yang diturunkan di mana ketika itu sebuah masyarakat islam telah terbina atas air mata, keringat, titisan darah, pengorbanan harta benda dan korban nyawa. Ketika itu tiada lagi sempadan negara atau kaum atau puak. Yang ada hanyalah kalimah agung shahadah. Kalimah inilah yang menghubungkan hati-hati umat Islam menjadi satu gagasan gergasi Islam.

Namun, di sebalik kegemilangan ukhwah yang gah antara kaum ansar dan muhajirin, terdapat mata-mata jahat dan hati-hati yang kotor memerhatikan umat Islam menyayangi antara satu sama lain. Jangankan orang kafir quraisy dan yahudi itu menaruh hasad yang menggunung terhadap hubungan ukhuwwah itu, orang yang mengaku islam tetapi sebenarnya bersifat munafiq lebih teruk lagi mencari lubang untuk meruntuhkan kekuatan orang islam itu.

Jika si A menderma kepada si B, si C akan mengatakan , “Ah..si A itu hanya berlagak kaya,”

Jika si A memeluk erat si B, si C akan mengatakan, “Ah..si A tu hanya berlakon penyayang,”

Jika si A tersenyum manis kepada si B, si C akan mengatakan, “Ah, ..si A tu ada niat lain yang tersembunyi,”.

Aduhai..prasangka..prasangka..

Setelah beberapa purnama berlalu, baru hari ini saya menangis apabila mentadabbur surah Al hujurat ini. Memang benar kata anak usrah saya dalam entry nya yang lepas, susah nak jaga hati. Lebih-lebih lagi apabila segala macam hasad dengki dan prasangka sibuk nak menguasai hati,kita jadi longlai dalam perjuangan nak mempertahankan hati.

Dan hari ini, demi surah ini saya sujud tersungkur menghadap Ilahi  agar Allah ampunkan dosa-dosa kesemua umat yang beriman ( terutama SAYA) atas setiap detik benih-benih prasangka antara satu sama lain.

Ayat 12, surah Al hujurat:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12

Allah…susahnya nak mentarbiyah hati. Bersangka pun Allah larang, apatah lagi bersangka buruk.

Allah…lambat betul hati saya bergetar dengan ayat ini. Walhal, saya masih ingat inilah surah -surah terakhir yang pernah murabbi saya kongsikan sebelum keberangkatannya, tetapi baru hari ini saya mampu tersentak dan teresak..

Allah..kerasnya hati ini. Entah berapa banyak agaknya  sangkaan-sangkaan yang telah berlaku sebelum saya  betul-betul terhenyak dengan ayat ini. Mungkin bila dah terhantuk, baru terngadah..dah terkena, baru tersedar. Sekarang baru saya rasa, baru saya sedar..kasihan betul pada orang yang mejadi bahan sangkaan tu..apatah lagi kalau sangkaan itu tak betul..Lebih-lebih lagi kalau orang tu tak tak tahu apa-apa..Ya allah..kasihannya dia..sedihnya dia..kasihan sangat-sangat…

Ya Allah, terpempan saya menerima ayat ini. Ya Allah, turunkanlah lagi hidayah dan sinarilah aku dengan cahaya ayat Mu yang mampu membuat aku terkedu sebegini. Indahnya perasaan sebegini Ya Allah..Indahnya saat menerima hidayah daripadaMu. Indahnya saat hati bergetar mentadabbur ayatMu..

Keheningan malam ini menyaksikan aku tunduk dengan sepenuh hatiku terhadap mutiara ayat-Mu Ya Allah..

Buat peringatan dirku dan sahabat sekalian, jauhilah sangakaan..kerana sebahagian sangkaan itu adalah DOSA…

Astagfirullahalazim..

hamba malam

12.34 am -17 rabiul awal.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: