Skip to content

nukilan hati si kecil

31/03/2010

Bismillahirrahmanirrahim…

nukilan hati sikecil~

Kurenung jauh disebalik jendela ,pandangan mataku bagaikan menambusi setiap pelosok ruangan angkasa . Bumi England ini masih lagi basah disirami gerimis sang hujan tanpa henti sejak semalam. Butiran air yang jatuh sungguh bersih, bersinar bagaikan kilauan permata dari Parsi. Rintik-rintiknya sayu bagai meratapi pemergian sesuatu. Hatiku mula mengukir pilu.

Lantas, kualih terus pandanganku  ke ruang kamar. Kelihatan kakak sedang tekun  membelek tafsir al-quran yang dipegangnya sejak tadi. Dibacakannya kepadaku maksud sepotong ayat dari surah An-Naba’berkisar tentang ganjaran buat golongan  orang yang beriman. Allahuakbar ~ pemikiranku tiba-tiba ligat berputar mengenangkan hari-hari dalam hidupku yang telah kulalui.Aku hampa.Baru kusedar sedetik masa yang berlalu sungguh mustahil untuk berulang kembali. Ya Allah,semkin jauh rupanya aku  kepadaMu. Sang bayu  bagaikan mengerti  perasaan hatiku.  Tiupannya yang hanya selembut dan setenang  kasih  ibu itu mampu menolak awan nan kelabu pergi,pergi  bersama titisan-tistisan hujan bagai ingin memberhentikan tangisan sanubari  hati yang terpendam dalam.

Suasana mula menjadi dingin. Sejenak fikiran kuterbuai lagi mengimbau merindui kenangan bersama murabbiku. Bagiku dialah tempatku mengadu kasih, duka,berkongsi segala riang dan gelak ketawa. Aku kagum kepadamu kerana cintamu kepada Illahi terlalu kuat bagai ikatan tali yang tersimpul mati. Dikala aku dalam kegelapan, kau sentiasa di sisi. Kehadiranmu  bagai nyalaan pelita memimpinku dalam kerabaan. Setiap kelemahanku kau tampung dengan kekuatanmu sendiri. Hidupku jua penuh ranjau dan onak berduri. Setiap luka-luka yang kualami, kau balut dengan semangat ,kau sapu dengan kelembutan kasih. Kini,baru kusedar dirimu hanya pinjaman semata-mata. Akhirnya kau bakal pergi jua.Bagiku kau tetap tabah di mataku, aku tidak mampu berbuat apa-apa, untuk menyapu linangan air matamu juga  tidak aku terdaya. Maafkan daku wahai murabbiku. Terima kasih atas segala yang telah kau curahkan kepadaku. Kau lah mutiara buat kami semua.Moga berjumpa lagi,kalau bukan di dunia ,insyaAllah mungkin jua di syurga yang kekal abadi ….Duhai murabbiku~

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Tanpa kusedar air mata telah membasahi pipi.”Ya Allah, kuatkanlah daku”.Aku kembali melihat ke ruang jendela. Kelihatan kilauan sang mentari telah mula memancarkan cahayanya  membelah awan. Langit nan tinggi membiru  terhampar luas membumbungi bumi  bagai  menyambut gembira sinar kasih sang mentari pagi .Subhanallah~ ….Keriangan suara unggas yang berterbangan menambahkan ceria suasana pagi ini, lantas  merawat segala calar robek duka di hati.Kelihatan pula ibu seekor burung, keluar dari sarangnya mencari rezeki buat si anak .Jauhnya ia terbang  meninggalkan si anak bersendirian di sarang tanpa menoleh sedikit pon ke belakang.Secangkir ketabahan  dan tawakkal sentiasa menjadi bekalan setiap kali pemergian  si ibu. Munkinkah terdetik dalam hatinya ingin memberitahu si anak ,”Wahai anakku ,ibumu pergi tidak lama,jagalah dirimu baik-baik, nak.” Tiada apalah  yang diharapkan daripada si ibu melainkan pertolongan Al –Khaliqnya. Si anak pula pasrah berpisah dengan si ibu tercinta buat seketika. Subhanallah~ sungguh bijaksana ilham yang kau ciptakan. Semoga ia menjadi pendoman untukku mulakan kehidupan. Ya Allah …sungguh  Kau jualah Maha Berkuasa atas segalanya. Ya Allah, memberi petunjuk kepada setiap hamba  adalah mudah bagiMu, dan sememangnya tiada satu pon yang susah bagiMu. Semoga perpisahanku dengan murabbiku hanya sementara cuma seperti mana terpisahnya si ibu burung dengan anaknya. Aku yakin, dengan kehendakNya, si ibu pasti juga akan pulang ke sarang manantikan si anak dengan wajahnya yang kembali ceria seperti sedia kala.

Alhamdulillah ,aku bersyukur ,hari ini aku masih lagi diberi nikmat untuk hidup dan bernafas dengan selesa .Dengan izinmu jua,aku masih lagi diberi peluang merasai kebahagian hidup dalam suasana tarbiyyah yang nyata.Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini, semoga hari-hari berikutnya lebih baik daripada hari-hari sebelumnya …amin.

“…sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi maha Teliti.” (Al-Hujurat:49:13)

Semoga tetap thabat di atas jalanNya ,amin

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: