Skip to content

Iman bertambah dan berkurang

15/05/2010

Bismillahirrahmanirrahim….

Tengah2 nak exam ni..otak pon kadang2 nak tepu, wing weng jap …rasa nak rehat2 kejap ….so, insyaAllah, kat sini saya cuba  nak  share tentang tajuk kata ats tu… daripada Buku Hadith 40(terjemahan dan syarahannya) karangan Mustafa Abdul Rahman

Menurut jumhur ulama’, iman manusia itu adakalanya bertambah dan adaklanya berkurang .Kurangnya iman kerana kurangnya taat dan bertambahnya iman kerana bertambahnya taat kepada Allah. Alasan yang dikemukan mereka ialah berpandukan dalil a’qli dan naqli ( Quran dan Sunnah)

Menurut pendapat ‘aqal,bahawa kalau iman itu tidak lebih atau  kurang, maka  hakikat iman setiap manusia termasuk mereka2 yang buat kejahatan ni sama sahajalah  dengan iman nabi-nabi dan para malaikat …Jadinya,ini  terang2 tidak dapat di terima a’qal

Menurut keterangan naqli pula, bahawa dalam al-quran dan hadith ada kenyataan yang menjelaskan bahawa iman itu sememangnya bertambah dan berkurang , sebagaimana yang diterangkan pada ayat ini ,iaitu:

“Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya nescaya menambah kepada keimanan mereka.”

(Al-Anfal:2)

Menurut hadith riwayat Ibn U’mar ada diterangkan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasullullah mengenai iman, adakah iman bertambah dan berkurang ? Baginda menjawab : Ya! Iman itu bertambah sahingga orangnya masuk syurga dan berkurang sehingga orangnya masuk neraka.


Kesimpulannya di sini, kita kenalah sentiasa sedarkan diri kita kembali bila kita rasa iman kita tengah betul2 down ,  kenalah cepat2 …pergi minta dan mohon bantuan Allah, Ya Muqalibal qulub, thabbit qulubana a’la dinik wa’ala toa’tik wa’ala jihadi fi sabilik .…dan perbanyakkan Istighfar ...yang penting kita mohonlah dengan penuh sabar dan bersungguh2…Allah ada berfirman dalam al-quran …”Mohonlah kepadaku ,sesungguhnya Aku amat dekat lebih dekat daripada urat leher” Allah …yakinkan diri kita yang Allah xkan sia2kan doa setiap hambanya …maka, sentiasalah kita berbaik sangka kepada Allah.

rapatkan2 hubungan dengan orang-orang yang soleh supaya dapat bantu menasihatkan kita ke arah kebaikan contohnya macam kakak2 Naqibah atau kawan2 seusroh,insyaAllah…dan kita juga kenalah sentiasa busykan diri dengan membuat perkara2 yang baik untuk jauhkan diri kita daripada berbuat perkara yang sia2…

Iman manusia bertambah dan berkurang ,so, x kan lah kita nak biarkan jer kalau iman tgh down ?Allahuakbar …maka sama-samalah bantu-membantu rapatkan diri kepada Allah ….Teringat kata2 ustaz Mazrul… orang yang masuk syurga ni orang yang hebat2 macam Rasullullah,Abu Bakar ,Siti Khadijah ….Ustaz pon cakap… jadi kalau kita nih betul2 nak masuk syurga, maka kita kenalah jadi antara orang yang hebat2 macam tuh …Allah2… ni yang kena tgk balik Mutabaah amal …Alah~ takat manalah aku ni  … cek balik ….ya Allah, rasa teruknya masa tuh allah jerlah yang tahu….Jom Usaha sama2 …saya pon nak masuk syurga juga waaaaaaa~

ooo ya dulu saya ada terbaca kata2…ia kata  untuk elak kita buat perkara yang x baik ni , takut nak buat dosa maka kenalah sentiasa mengingati mati…(peringatan  diri  yang menulis ni yang paling penting Allah3x)

Renungkan lah saat malam pertama di alam barzah nanti … ya Allah ~





No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: