Skip to content

Menang Atau Syahid

20/05/2010

Kenali Tariq Bin Ziad

Beliau pada asalnya merupakan seorang hamba .Diakhirnya dilantik oleh Musa Nusair menjadi pembantunya kerana memiliki sifat-sifat terpuji.Seterusnya diberi kepercayaan untuk memimpin 12 ribu tentera islam ke Andalusia .

Intro…

Cordova(Qurthubah) , Toledo dan Madrid adalah antara Bandar-bandar yang pernah dikuasai oleh islam suatu ketika dahulu .Bandar2 ini terletak di wilayah selatan Sepanyol yang lebih dikenali  sebagai Andalusia& kawasan ini meliputi 2/3 muka bumi Sepanyol .

Kedatangan islam ke Andalusia (Sepanyol) bukan sahaja membawa cahaya tauhid malah telah membebaskan rakyat negara tersebut daripada segala penindasan dan kezaliman.

Kisah bermula….

Ketika itu .Sepanyol diperintah oleh oleh Raja Roderiga yang berbangsa Gotik..Dia dan orang-ornagnya hidup dalam penuh kemewahan sednagkan rakyatnya hidup dalam penderitaan .

Pelbagai bentuk penindasan telah  penindasan.Para petani dikenakan cukai yang tinggi, kaum wanita terutamanya gadis-gadis cantik turut diperkosa olehnya dan kuncu-kuncunya.Malahan mereka yang cuba melawan pula akan dibunuh dan dibakar hidup-hidup.

Akibat kezaliman ini,ramai rakyat telah melarikan diri ke Afirika yang merupakan sebuah negara yang aman & makmur dan dikuasai oleh kerajaan islam .

Kemunculan islam …

Panglima Julian yang merupakan Gabenor Ceuta telah datang  menghadap Musa Bin Nusair (wakil khalifah islam di Afrika) untuk meminta bantuan tentera islam untuk menumbangkan pemerintahan  Raja Roderiga kerana  telah merogol puterinya , Florida .

Pucuk dicita ulam mendatang , Musa Nusair segera menyiapkan seramai 12 ribu orang angkatan tenteranya untuk menawan Andalusia(Sepanyol) lantas membebaskan rakyat negara tersebut daripada kecaman raja yang zalim.

Maka Tariq Bin Ziad telah dilantik untuk mengepalai tentera perang.

Strategi & semangat …..

Denagn menaiki 12 buah kapal perang ,tentera islam mula menuju ke Benua Eropah . Selepas mendarat ke Andalusia ,Tariq Bin Ziad mengarahkan tenteranya membakar kapal2 yang mereka naiki .Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada sebahagian besar tentera islam .Mereka menganggap tindakan tersebut kurang siuman & bertentangan hukum islam. Mereka juga mempersoalkan bagaimana untuk mereka pulang apabila kapal yang mereka naiki itu sudah dibakar

Jihad…

Tariq Bin Ziad telah segera mengumpulkan tenteranya ke sebuah bukit yang kini dikenali sebagai Gibraltar (Jabal Tariq).lalu menjerit dengan penuh semangat.

“Dibelakang kita laut ,di hadapan kita musuh .Kita terpaksa memilih samada kemenangan atau syahid  .Kita tak akan pulang tanpa mencapai matlamat itu.”

Kata-kata tersebut telah berjaya meniupkan kembali semangat tentera-tenteranya .Dengn semangat yang berkobar-kobar mereka mara menentang 100 ribu orang tentera musuh .

Tariq Bin Ziad menganggap kedatangan mereka ke Andalusia dm mati syahid ataupun mengalahkan musuh .Oleh itu, dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera islam yang berada di bawah pimpinannya tidak bercita-cita mahu pulang walaupun tujuan asal penghantaran tentera tersebut adalah bagi meninjau keadaan tempat  & melihat kekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang bakal dipimpin sendiri oleh Musa Nusair .

19 Julai 711 Masihi…

Pertempuran sengit berlaku antara tentera islam yang dipimpin oleh Tariq bin Ziad dengan tentera Gotik yang dipimpin oleh Raja Roderiga. Akhirnya  tentera Gotik telah berjaya ditumpaskan  manakala Raja Roderiga pula telah mati lemas di sungai Barbat ketika cuba melarikan diri.

Pertempuran Kedua….

Satu lagi pertempuran sengit telah berlaku .Tentera yang dipimpin oleh Tariq telah bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa Bin Nusair .& sekali lagi tentera islam mencapai kemenangan .

Penaklukan Andalusia…

Oleh sebab Tariq masih belum berpuas hati dengan kemenangan tentera islam ,maka dgn persetujuan Musa Bin Nusair, tentera islam telah dipecahkan kepada 4 buah pasukan sebelum dihantar ke Kardoba , Malaga & Granada .

Tariq sekali lagi dengan sendiri memimpin pasukan utama ke Toledo (ibu kota Andalusia )

Keempat-empat kota itu telah berjay ditakluki dengan mudah tanpa mendapat tentangan yang sengit daripada musuh.

Seorang ahli sejarah Phillip K.Hitti berkata, “ Penaklukan Sepanyol merupakan perjuangan pertama & terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab .Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas dalam kekuasaan islam.”

Keamanan…

Rakyat Andalusia yang selama ini menderita akibat penindasan dan kekejaman pemerintah yang zalim telah pon berakhir & digantikan pula dengan kebaikan pemerintahan islam.

Semua paderi kristian yang pada mulanya menyembunyikan diri kerana bimbang dgn tindak balas orang-orang islam telah kembali semula ke kampung halaman & memulakan kehidupan baru di bawah kekuasaan islam yang adil.

Tariq kembali ke Damsyik….

Tariq bercadang untuk meluaskan kuasa umat islam ke seluruh Eropah.Sedang persiapan giat dijalankan , beliau telah diarahkan oleh khalifah untuk kembali ke Damsyik.Beliau tetap akur dengan arahan tersebut.& niatnya untuk menakluki seluru Eropah terpaksa dibatalkan.& Akhirnya Panglima Tariq Bin Ziad telah meninggal dunia di Damsyik

Semoga mendatangkan semangat jihad untuk pemuda2 masa kini.

“Ya Allah suburkan hati-hati kami dengan makrifat(pengetahuan sebenar tentangmu, sekiranya kau mentakdirkan mati, maka matikan lah kami (pemilik hati-hati ini) sebagai syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.Engkaulah sebaik-baik sandaran & sebaik-baik penolong,”Amin Ya  Rabbal Alamin…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: