Skip to content

Mujahid Setia

25/06/2010

Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hinggal ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia

Sunnah Orang Yang Berjuang

21/05/2010

Selangkah ke alam perjuangan bereerti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa kerana ditinggalkan kerana Allah .Daripada mati terkambus tanpa mujahadah .Kita tak sanggup selamanya terluka, tetapi ingatlah, setiap titis darah dari luka & air mata .Itulah mahar kita ke syurga .

Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit? Jawabnya kerana syurga itu manis .Moga diri tabah dalam perjuangan di jalan Allah.

Islam pasti menang tanpa kita & sebaliknya kita pasti hancur tanpa islam … namun dalam memperjuangkan islam bukan semua berjaya , berjaya bukan dari sudut kemenangan ,tetapi daripada maksud kemenangan niat yang mendasari perbuatan.Boleh sahaja kamu berjuang, tetapi itu hanya lah topeng keduniaan , lantas perjuangan itu mencela kamu dengan kemenangan. Namun tatkala berjumpa Allah, kamu kosong tiada bekalan .

Ingatlah munafik dalam diri tidak selamanya dapat dirahsiakan (surah al-Ahzab:24)

nau’zubillahiminzalik~

“ya Allah jauhkan lah kami daripada segala keburukan, tetapkanlah hati dan pendirian kami berjuang hanya keranaMu , ya Allah Amin….”

Takbir!!! Allahuakbar!!!


Menang Atau Syahid

20/05/2010

Kenali Tariq Bin Ziad

Beliau pada asalnya merupakan seorang hamba .Diakhirnya dilantik oleh Musa Nusair menjadi pembantunya kerana memiliki sifat-sifat terpuji.Seterusnya diberi kepercayaan untuk memimpin 12 ribu tentera islam ke Andalusia .

Intro…

Cordova(Qurthubah) , Toledo dan Madrid adalah antara Bandar-bandar yang pernah dikuasai oleh islam suatu ketika dahulu .Bandar2 ini terletak di wilayah selatan Sepanyol yang lebih dikenali  sebagai Andalusia& kawasan ini meliputi 2/3 muka bumi Sepanyol .

Kedatangan islam ke Andalusia (Sepanyol) bukan sahaja membawa cahaya tauhid malah telah membebaskan rakyat negara tersebut daripada segala penindasan dan kezaliman.

Kisah bermula….

Ketika itu .Sepanyol diperintah oleh oleh Raja Roderiga yang berbangsa Gotik..Dia dan orang-ornagnya hidup dalam penuh kemewahan sednagkan rakyatnya hidup dalam penderitaan .

Pelbagai bentuk penindasan telah  penindasan.Para petani dikenakan cukai yang tinggi, kaum wanita terutamanya gadis-gadis cantik turut diperkosa olehnya dan kuncu-kuncunya.Malahan mereka yang cuba melawan pula akan dibunuh dan dibakar hidup-hidup.

Akibat kezaliman ini,ramai rakyat telah melarikan diri ke Afirika yang merupakan sebuah negara yang aman & makmur dan dikuasai oleh kerajaan islam .

Kemunculan islam …

Panglima Julian yang merupakan Gabenor Ceuta telah datang  menghadap Musa Bin Nusair (wakil khalifah islam di Afrika) untuk meminta bantuan tentera islam untuk menumbangkan pemerintahan  Raja Roderiga kerana  telah merogol puterinya , Florida .

Pucuk dicita ulam mendatang , Musa Nusair segera menyiapkan seramai 12 ribu orang angkatan tenteranya untuk menawan Andalusia(Sepanyol) lantas membebaskan rakyat negara tersebut daripada kecaman raja yang zalim.

Maka Tariq Bin Ziad telah dilantik untuk mengepalai tentera perang.

Strategi & semangat …..

Denagn menaiki 12 buah kapal perang ,tentera islam mula menuju ke Benua Eropah . Selepas mendarat ke Andalusia ,Tariq Bin Ziad mengarahkan tenteranya membakar kapal2 yang mereka naiki .Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada sebahagian besar tentera islam .Mereka menganggap tindakan tersebut kurang siuman & bertentangan hukum islam. Mereka juga mempersoalkan bagaimana untuk mereka pulang apabila kapal yang mereka naiki itu sudah dibakar

Jihad…

Tariq Bin Ziad telah segera mengumpulkan tenteranya ke sebuah bukit yang kini dikenali sebagai Gibraltar (Jabal Tariq).lalu menjerit dengan penuh semangat.

“Dibelakang kita laut ,di hadapan kita musuh .Kita terpaksa memilih samada kemenangan atau syahid  .Kita tak akan pulang tanpa mencapai matlamat itu.”

Kata-kata tersebut telah berjaya meniupkan kembali semangat tentera-tenteranya .Dengn semangat yang berkobar-kobar mereka mara menentang 100 ribu orang tentera musuh .

Tariq Bin Ziad menganggap kedatangan mereka ke Andalusia dm mati syahid ataupun mengalahkan musuh .Oleh itu, dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera islam yang berada di bawah pimpinannya tidak bercita-cita mahu pulang walaupun tujuan asal penghantaran tentera tersebut adalah bagi meninjau keadaan tempat  & melihat kekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang bakal dipimpin sendiri oleh Musa Nusair .

19 Julai 711 Masihi…

Pertempuran sengit berlaku antara tentera islam yang dipimpin oleh Tariq bin Ziad dengan tentera Gotik yang dipimpin oleh Raja Roderiga. Akhirnya  tentera Gotik telah berjaya ditumpaskan  manakala Raja Roderiga pula telah mati lemas di sungai Barbat ketika cuba melarikan diri.

Pertempuran Kedua….

Satu lagi pertempuran sengit telah berlaku .Tentera yang dipimpin oleh Tariq telah bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa Bin Nusair .& sekali lagi tentera islam mencapai kemenangan .

Penaklukan Andalusia…

Oleh sebab Tariq masih belum berpuas hati dengan kemenangan tentera islam ,maka dgn persetujuan Musa Bin Nusair, tentera islam telah dipecahkan kepada 4 buah pasukan sebelum dihantar ke Kardoba , Malaga & Granada .

Tariq sekali lagi dengan sendiri memimpin pasukan utama ke Toledo (ibu kota Andalusia )

Keempat-empat kota itu telah berjay ditakluki dengan mudah tanpa mendapat tentangan yang sengit daripada musuh.

Seorang ahli sejarah Phillip K.Hitti berkata, “ Penaklukan Sepanyol merupakan perjuangan pertama & terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab .Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas dalam kekuasaan islam.”

Keamanan…

Rakyat Andalusia yang selama ini menderita akibat penindasan dan kekejaman pemerintah yang zalim telah pon berakhir & digantikan pula dengan kebaikan pemerintahan islam.

Semua paderi kristian yang pada mulanya menyembunyikan diri kerana bimbang dgn tindak balas orang-orang islam telah kembali semula ke kampung halaman & memulakan kehidupan baru di bawah kekuasaan islam yang adil.

Tariq kembali ke Damsyik….

Tariq bercadang untuk meluaskan kuasa umat islam ke seluruh Eropah.Sedang persiapan giat dijalankan , beliau telah diarahkan oleh khalifah untuk kembali ke Damsyik.Beliau tetap akur dengan arahan tersebut.& niatnya untuk menakluki seluru Eropah terpaksa dibatalkan.& Akhirnya Panglima Tariq Bin Ziad telah meninggal dunia di Damsyik

Semoga mendatangkan semangat jihad untuk pemuda2 masa kini.

“Ya Allah suburkan hati-hati kami dengan makrifat(pengetahuan sebenar tentangmu, sekiranya kau mentakdirkan mati, maka matikan lah kami (pemilik hati-hati ini) sebagai syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.Engkaulah sebaik-baik sandaran & sebaik-baik penolong,”Amin Ya  Rabbal Alamin…

Nawaitu

17/05/2010

Alhamdulilah, cuti pon dah berlalu ,rehat pon sudah, study masih lagi in progress ..insyaAllah…selagi blom exam, selagi tulah belum boleh rasa lega lagi.

.

“Bila tgh buntu ,tgh ada masalah, xder orang nak tolong , x perlah…. mintalah  dengan Allah sebab Allah shj  tempat kita minta tolong dlm mpermudahkan segala urusan ..InsyaAllah,  Allah dengar doa kita ..YAKIN!!! Begitulah kata2 ibu.

Bila rasa keseorangan, aduhai susah pulak rasanya  bila buat cousre ni sorg diri ,ya lah   x der gang msian yang buat course yang sama ngan saya . “xper2 ..Allah sentiasa ada dengan kita .”Astaghfirullahala’zim .. kena refleksi diri balik nampaknyab. Ini betul2 menguji sejauh mana keyakinan dan kebergantungan diri  kpd Allah .

.

Sedar lah wahai diri  yang lemah dan sering lupa,  apa2 jer yang mendatang , Allah jualah sumber  cari ketenangan, kekuatan dan pertolongan …nak lapangkan dada supaya senang terima ilmu ,nak cemerlang,nak bahagia,nak tenang,nak hidup senang …maka,minta sahaja lah kat Dia SEBAB APA? sebab Dialah satu2nya yang MAHA BERKUASA. x der satu perkara pon yang terjadi kat dunia nih tanpa izin Dia. Even daun yang jatuh dari pokok pon adalah atas kuasa dan ketentuan Dia ..Subhanallah ~…tapi menjadi peringatan sekali lagi, setiap perkara buruk yang berlaku pon adalah daripada  Dia dan sememangnya hanya  dari ketentuan Dia sahaja …maka nak buat apa2 mesti kena ingat nak cemerlang belajar kenalah KERANA ALLAH, nak pergi Usroh , nak pergi kelas , nak berhias, boleh kata semuanya mestilah  KERANA ALLAH Taala.
.
InsyaAllah perasaan lebih bersungguh2 akan lahir  dalam melakukan sebarang pekara yang kita lakukan. Putus asa dan kecewa pula insyaAllah akan lenyap serta-merta. Terpadamlah jua segala peransangka buruk yang dahulunya berada di hati. Inilah dia kebahagiaan yang tiada terhingga apabila  kita yakin  segalanya yang dilakukan bukanlah  untuk diri kita sendiri, bukan juga untuk orang lain tapi HANYA UNTUK ALLAH SEMATA2.

REDHA ALLAH sahaja yang kita perlu kejar . Sebab apa perlunya redha Allah ?  sebagai TIKET untuk  KITA UNTUK KE SYURGA. Tiadalah tertanding amalan manusia untuk dibandingkan dengan rahmat Allah yang lebih meluas. Lebih-lebih lagi kita hanya manusia biasa yang sememangnya x pernah kering dpd buat dosa.

.

Dalam hadith pertama IMAM NAWAWI , NIAT menjadi perkara pertama yang disebutkan :

.

Dari Amir al-Mukminin Abu Hafs ‘Umar Ibn Al-Khattab RA, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.

Diriwayatkan hadith ini oleh dua orang Imam hadith iaitu Abu Abdullah Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn Al-Mughirah Ibn Bardizbah’ Al-Bukhari dan Abu Hussain Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi dalam kitab sahih keduanya, iaitu kitab yang amat sahih diantara segala kitab yang pernah disusunkan.

Syarat2 niat: 1.Kerana Allah 2.Niat mestilah yang baik2 ..x kanlah  nak niat merompak rumah orang  pon kerana Allah jugak…

Tapi Niat Tak  Semestinya Menghalalkan Cara !!!

.

“Sesungguhnya solatku ,ibadahku,hidupku dan matiku , kuserahkan segalanya hanya kerana Allah Tuhan Yang Satu.”

“Ya Allah,ampunilah kami seandainya kami terlupa dan terleka, jadikanlah setiap kehidupan kami ,perkataan dan perbuatan kami sebagai ibadah kerana Mu, terimalah kami dan redhailah kami dan tempatkanlah kami bersama hamba2Mu yang soleh di Syurga FirdausMu” Amin..

Setiap kali kita bangun tidur kita kena segera pasang niat yang baik supaya setiap perkara yang kita nak buat hari tuh adalah kerana Allah semata2 dan  tidak tersasar melainkan hanyalah keranaNya ,maka kita kenalah sentiasa perbaiki niat kita balik setiap hari …Semoga perjalanan kita sepanjang hari   diberkati..InsyaAllah~



Terima kasih cikgu~

15/05/2010

Video  teachers day waktu di KY….


Buat semua cikgu2 saya yang pernah mengajar saya dari tadika ,sekolah rendah ,sekolah ,menengah ,hingga ke A- level …saya nak ucakan Selamat hari guru buat kalian semua ….begitu juga untuk mak dan ayah serta kawan2 yang bakal bergelar guru …termasuklah diri sendiri ni jugak..insyaAllah… Semoga menjadi pendidik yang terbilang  ameen…

tertarik bila baca sajak tentang cikgu,..beruntung rasanya jadi cikgu nih…insyaAllah banyak pahala  berganda2 …sbb  nak didik anak bangsa  supaya berjaya dunia akhirat ..insya Allah kerana Allah Taa’la …special jadi cikgu.. sebab ada hari guru …setakat nih x pernahlah pulak dengar selamat hari doktor ,ker selamat hari engineer ke ..yang ada selamat hari guru jugak…heee….ingat nak karang sajak tapi disebabkan  saya rasa kurang berbakat nak tulis sajak …makanya terpaksalah saya  mengcopy paste shj ….Sajak ini khas untuk semua yang bergelar dan bakal bergelar guru,…


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

Terima Kasih cikgu…


Iman bertambah dan berkurang

15/05/2010

Bismillahirrahmanirrahim….

Tengah2 nak exam ni..otak pon kadang2 nak tepu, wing weng jap …rasa nak rehat2 kejap ….so, insyaAllah, kat sini saya cuba  nak  share tentang tajuk kata ats tu… daripada Buku Hadith 40(terjemahan dan syarahannya) karangan Mustafa Abdul Rahman

Menurut jumhur ulama’, iman manusia itu adakalanya bertambah dan adaklanya berkurang .Kurangnya iman kerana kurangnya taat dan bertambahnya iman kerana bertambahnya taat kepada Allah. Alasan yang dikemukan mereka ialah berpandukan dalil a’qli dan naqli ( Quran dan Sunnah)

Menurut pendapat ‘aqal,bahawa kalau iman itu tidak lebih atau  kurang, maka  hakikat iman setiap manusia termasuk mereka2 yang buat kejahatan ni sama sahajalah  dengan iman nabi-nabi dan para malaikat …Jadinya,ini  terang2 tidak dapat di terima a’qal

Menurut keterangan naqli pula, bahawa dalam al-quran dan hadith ada kenyataan yang menjelaskan bahawa iman itu sememangnya bertambah dan berkurang , sebagaimana yang diterangkan pada ayat ini ,iaitu:

“Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya nescaya menambah kepada keimanan mereka.”

(Al-Anfal:2)

Menurut hadith riwayat Ibn U’mar ada diterangkan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasullullah mengenai iman, adakah iman bertambah dan berkurang ? Baginda menjawab : Ya! Iman itu bertambah sahingga orangnya masuk syurga dan berkurang sehingga orangnya masuk neraka.


Kesimpulannya di sini, kita kenalah sentiasa sedarkan diri kita kembali bila kita rasa iman kita tengah betul2 down ,  kenalah cepat2 …pergi minta dan mohon bantuan Allah, Ya Muqalibal qulub, thabbit qulubana a’la dinik wa’ala toa’tik wa’ala jihadi fi sabilik .…dan perbanyakkan Istighfar ...yang penting kita mohonlah dengan penuh sabar dan bersungguh2…Allah ada berfirman dalam al-quran …”Mohonlah kepadaku ,sesungguhnya Aku amat dekat lebih dekat daripada urat leher” Allah …yakinkan diri kita yang Allah xkan sia2kan doa setiap hambanya …maka, sentiasalah kita berbaik sangka kepada Allah.

rapatkan2 hubungan dengan orang-orang yang soleh supaya dapat bantu menasihatkan kita ke arah kebaikan contohnya macam kakak2 Naqibah atau kawan2 seusroh,insyaAllah…dan kita juga kenalah sentiasa busykan diri dengan membuat perkara2 yang baik untuk jauhkan diri kita daripada berbuat perkara yang sia2…

Iman manusia bertambah dan berkurang ,so, x kan lah kita nak biarkan jer kalau iman tgh down ?Allahuakbar …maka sama-samalah bantu-membantu rapatkan diri kepada Allah ….Teringat kata2 ustaz Mazrul… orang yang masuk syurga ni orang yang hebat2 macam Rasullullah,Abu Bakar ,Siti Khadijah ….Ustaz pon cakap… jadi kalau kita nih betul2 nak masuk syurga, maka kita kenalah jadi antara orang yang hebat2 macam tuh …Allah2… ni yang kena tgk balik Mutabaah amal …Alah~ takat manalah aku ni  … cek balik ….ya Allah, rasa teruknya masa tuh allah jerlah yang tahu….Jom Usaha sama2 …saya pon nak masuk syurga juga waaaaaaa~

ooo ya dulu saya ada terbaca kata2…ia kata  untuk elak kita buat perkara yang x baik ni , takut nak buat dosa maka kenalah sentiasa mengingati mati…(peringatan  diri  yang menulis ni yang paling penting Allah3x)

Renungkan lah saat malam pertama di alam barzah nanti … ya Allah ~





~Colours of islam~

13/05/2010


ALLAH made us all a different shade and colour
Nations and tribes recognize one another
cuz every single muslim is ur sister and brother
so many different colours of islam

Fill the world with colour paint it everywhere u go
paint everything u see and tell everyone u know
Quran will be ur paint and ur brush will be imaan
so fill the world with colour every colour of islam

truth is clear and blue as the sky we walk under
love is bright and loud as the lightning and thunder
peace is pure and white as the moon so full of wonder
so many different colours of islam

Fill the world with colour paint it everywhere u go
paint everything u see and tell everyone u know
Quran will be ur paint and ur brush will be imaan
so fill the world with colour every colour of islam

Smile is warm and shining like the sun upon our faces
hope is rich and green as the trees of an oasis
the colours of islam bloom in so many places
so many different colours of islam

Fill the world with colour paint it everywhere u go
paint everything u see and tell everyone u know
Quran will be ur paint and ur brush will be imaan
so fill the world with colour every colour of islam

Fill the world with colour paint it everywhere u go
paint everything u see and tell everyone u know
Quran will be ur paint and ur brush will be imaan
so fill the world with colour every colour of islam

Fill the world with colour paint it everywhere u go
paint everything u see and tell everyone u know
Quran will be ur paint and ur brush will be imaan
so fill the world with colour every colour of isla
m