Skip to content

Dunia ini kan sementara , akhirat juga yang kekal selamanya :)

07/12/2011

Image

Hari demi hari yang kita jalani, telah banyak yang kita harungi. Masa tetap berjalan begitu pantas tanpa menghiraukan sesaat pon masa yang berlalu. Semakin hari kita semakin dijamah usia dan matang dalam merencana. Pengalaman dalam saat dan detik waktu yang lalu adakalanya mungkin telah banyak mematangkan jiwa dan diri dengan izinNya.

Kehidupan kadangkala x ubah  bagaikan sebuah pentas  dan drama. Di dalamnya ada terselit pelbagai kisah suka dan duka. Hakikatnya kehidupan ini banyak yang indah-indah tapi segalanya bagai mimpi yang sementara.

Kita semua tidak suka mencari duka, tetapi duka telah banyak membawa kita dekat dengan Tuhan.

“Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga.. Jarak pemisah antara keduanya adalah mati.. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang..” [Khalifah Umar bin Abdul Aziz]

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya (Asy-Syuraa:36)

Lumrah manusia, kita tidak pernah berasa puas.  kita selalu mengharapkan segala yang berlaku supaya sentiasa mengikut segala apa yang kita mahu. Hakikatnya, tidak semuanya seperti itu.

“…Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui…”

[Al-Baqarah, 2 : 216]

Ketahuilah apa jua takdirNya ,itulah yang terbaik untuk kita.

Maka, bersabarlah di  setiap apa yang telah menimpa …

“& sungguh kelak TuhanMu pasti memberikan kurniaNya kepadamu sehingga kamu menjadi puas” ( Ad-Dhuha:4-5 ) .

Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat nanti..

insyaAllah.. 🙂

…………………………………………………………………………………………………………………..

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..

Kita suka membandingkan diri kita dengan orang lain. Kita lebih banyak membandingkan diri kita dengan org yang selalu dapat lebih daripada kita,  tetapi kita jarang melihat atau membandingkan diri kita dengan orang  yang selalu dapat sikit dpd kita.

Sebab itulah, syukur itu kadangkala martabatnya lebih tinggi daripada sabar (Dr. Maza)

” dan terhadap nikmat TuhanMu, hendaklah Engkau nyatakan dengan bersyukur.” (Ad-Dhuha:11)

Percayalah nikmat yang kita ada, mmg Allah telah sediakan cukup-cukup untuk kita. Nikmat yang banyak mampu membuatkan kita lalai dan leka dengan dunia seperti mana kisah Qarun dan Firaun yang sangat kufur akan nikmat Tuhannya.

Moga dengan apa yang kita ada ini, sentiasa  membuatkan kita lebih  dekat denganNya ..

Subhanallah wabihamdih, Subhanallahhil A’zeem ( Maha suci Allah segala puji hanya bagimu, Mahasuci Allah Yang Maha Besar)

………………………………………………………………………………………………………………..

Bersabarlah wahi hati…

Dalam melayari bahtera kehidupan,  kitalah yang menjadi ketua kpd diri kita sendiri.  Kitalah yang menentukan arah mana kapal kita mahu belayar dan berhenti. Adakalanya arus deras, ombak pula tinggi menggunung menghempas kapal dan membuat kita terumbang-ambing ke sana ke mari.

Bersabarlah wahai hati… Bersabarlah atas setiap ujian dan cubaan yang Allah beri. Kerana ujian itulah, telah banyak mendidik kita lebih dekat kepada Illahi.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? ..” (Al-Baqarah:214)

Tidak dinafikan, bahawa setiap badai yang melanda juga membuatkan kekuatan kita kadangkala tergoncang dan perjalanan kita acapkali tersasar dan kita terkial2  mencari semula arah atau hala tuju  yang  sepatutnya kita pergi. Begitulah iman manusia adakalanya ia naik dan adakalanya ia turun. Tapi, ingatlah, Allah kan sentiasa ada. Allah akan sntiasa membantu kita  menunjukkan jalan yang lurus jika kita benar-benar ingin mencari…

Maka bersabarlah kita dalam mendidik hati melakukan kebaikan dan bersabarlah kita dalam meninggalkan kemurkaanNya.

“… Allah memberi petunjuk keada sesipa yang dikehendaki ke jalan yang lurus.”(Al-Baqarah:213)

Dan sebagaimana sabda Rasullullah saw dalam wasiat baginda, “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

…………………………………………………………………………………………………………………..

Berdoalah dan teruskanlah berdoa..dan sentiasalah berbaik sangka kepada Allah

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu ( Muhammad) mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku sentiasa dekat (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran” (Al-Baqarah:186)

Rasulullah SAW juga telah bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu.

Apabila mereka menyebut namaKu dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka.

Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. – HR Bukhari & Muslim

Ingatlah dunia ini kan sementara, akhirat jua yang kekal selamanya 🙂

………………………………………………………………………………………………

Perubahan menuntut kesungguhan

Perubahan bukan suatu perkara yang mudah , lebih2 lagi daripada diri yang lalai menjadi diri yang taat. Seperti yang dikatakan oleh imam Ibnu  al-Jauzi , ” Jangan sesekali engkau menganggap jalan merubah diri menjadi baik itu mudah.” Jalan itu dipenuhi sesuatu yang kita benci , banyak halangan, dan  penuh duri-duri yang tajam yang membuatkan kita  terasa sakitnya.

Hanya apabila kita sudah berhasil melewatinya, kita pasti akan melupakan seluruh kesakitan, pedih2 luka dan keletihan itu. Jika kita bejaya mengharunginya, kita pasti akan merasakan  kelazatan dan keindahan yang tiada bandingannya daripada keindahan dan kenikmatan yang pernah berada di dunia ini.

Moga kehidupan yang sekali ini membawa kita kepada kehidupan yang lebih abadi di akhirat kelak, insyaAllah.

Ya, Allah jadikan yang terbaik dari usia kami ini pada akhir usia kami. ya Allah jadikan lah amal-amal kami yang terbaik adalah penutup segala amal kami di dunia. Ya Allah jadikan hari-hari yang terbaik dalam khidupan kami adalam saat-saat kami bertemu denganMu di syurga yang abadi dan peliharalah kami dari azab siksa Mu dunia mahupon di akhirat kelak, amin ya rabbal-alamin..

jernihkanlah mutiara2 yang berada di dasar hati kami ini, amin…

Telah diangkat segala pena dan telah keringlah segala dakwat.

Allahua’lam 🙂

Exam oh Exam~

07/01/2011

Assalamualaikum sahabat2x sekalian. Dah lama x update blog tinta nurani. Mintak maaf yer semua….

Hopefully perjalanan ulang kaji kalian berjalan dgn lancarnya. Semoga bz nya kita mengulangkaji pelajaran seiring dgn bz nya kita menunaikn tanggungjawab sebagai muslim. Jadilah muslim yang belajar…(ISK)..hehe. Mamfaatkan masa yang ada ni. Bayangkan betapa gembiranya parents n kita bila dapat result yg cemerlang nanti. So ape lg?Study jangan x study ok..

to kakak2x postgrade..semoga kerja kalian dipermudahkn jgk..

Sempena exam ni jgk, sy dgn sukacitanya ingin memohon maaf kt kalian semua. last but not least…semoga study kita ni dicatat sebagai ibadat dan mendapat keberkatan drpd Allah SWT…aminn..

ALL THE BEST!! GOOD LUCK…^_^

terimalah lagu dr sy ni via Lenka ok..

Live Like You Are Dying

One of these days you’ll be under the covers
You’ll be under the table and you’ll realize
That all of your days are numbered, all of them one to one hundred
All of them millions, all of them trillions

So what are you gonna do with them all?
You can not trade them in for more, no, no

Take every moment, you know that you own them
It’s all you can do, use what’s been given to you

Gimme a reason to fight the feeling
That there’s nothing here for me
‘Cause none of it’s easy, I know it wasn’t meant to be
I know it’s all up to me, it’s all up to me

So what am I gonna do with my time?

I’ll take every moment, I know that I own them
It’s all up to you to do whatever you choose
Live like you’re dying and never stop trying
It’s all you can do, use what’s been given to you

All of the moments you didn’t notice gone in the blink of an eye
And all of the feelings you can’t help feeling no matter how you try

Take every moment, you know that you own them
It’s all up to you to do whatever you choose
Live like you’re dying and never stop trying
It’s all you can do, use what’s been given to you

Live like you’re dying and never stop trying
It’s all up to you, use what’s been given to you

PMS 2010

30/09/2010

Mahukan musim sejuk anda suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan??

Mahu merasai keseronokannya bersama kami??

JOM kita ke Perhimpunan Musim
Sejuk (PMS )2010..! ^^

Jom Cepat2 RegIsteR!!!

JUmPa di SHeffield ya!!

(24-27 December 2010)

*There will be lots of excitement awaiting for you

*Thousands useful of knowledge for our mental and spiritual

*We can make friends (strengthened our ukhuwah together)

*and many more enjoyment !!!

InsyaAllah, feel it yourselves

So, C U there insyaAllah =)

Tazkirah ramadhan

15/08/2010

.

.

byk ceramah,kuliah,mahupon tazkirah  y kita boleh layari…

selamat beramal =)

Sheffield

15/08/2010
.
In addition , kat sini ada sikit  info utk adik2 :)i
info ttg sheff uni and dept
1) Sir Fedrick Mappin building= khas utk students Engineering (utk solat jgn risau sbb kat situ ada prayer room khas 4 muslims ) alhamdulillah sgt convenience
2)Hicks building =mostly utk student Maths
3)Alfred Danny building= khas utk students Biology (tp sekrg alhamdulillah bangunan tuh dah cantik sikit sbb baru habis renovate)
4)St.George church ada dekat jer dgn mappin building =kat situ pon budak Bio+Biomedic ada jugak lect kat ctuh.
5)Arts tower ada dekat sebelah alfred danny + sebelah western bank library dan western park = student Bio ada lect kat ctu jugak + student Chem pon kalau x silap ader jugak lect kat ctu
.
6)untuk makluman adik2 semua gambar student union dlm video tuh adalah y lama punya .sekarg student union (SU) alhamdulillah dah direnovate kpd  lebih moden mmg x macam y dlm gambar tu sgt  hehe moden sikit =)
-SU terletak kat sebelah kiri hicks building (maths dep) dan dekat dgn alfred denny juga(dept bio)
kat dlm (SU) ada :
shop (macm co-op ), lecture hall y besar , cafe ,prayer roomfor men and women(khas 4 muslims),so kalau nak solayt sellu nya ramai budak chem ,maths and bio solat kat ctu.

7)Firth court= is one of the Exam halls kat uni (ada 6 ke 7 tmpt exam semua kalau x silap  & firth court is one of them + kalau x silap dept biotech pon ada kat ctu.

8)Information Commons(IC)= Main library kita …alhamdulillah dekat jer
basically kat sheff uni ada 3 libraries:
information commons (ic)
western bank library y cantik (sbb betul2 depan western park , glass wall so mmg boleh terus
nampak pemandangan kat western park ,tenang suasana kat ctuh utk study )
st.geogre library (khas utk students engineering)

.
tempat2 menarik
9) the moor + city + meadowhall =mmg tempat Shopping
10)spring field + western park +botanical garden + piece garden + peak district + byk parks lain =tempt menarik utk kita dtg + main +bseronok utk tgk alam dan pemandgn y sangat cantik,insyaAllah …=)
.
kedai runcit halal+ restaurant murah
11) nama kedai tu YAFAI = alhamdulill ah dekat je dgn kwsn perumahan adik2 y duduk kat rumah di filey st …kat ctuh lah tempat student msia sellu nya dptkan bhn mentah utk masak spt ayam,daging sayur susu dan byk lagi sbb semuanya insyaAllah halalan toiyyiba
12) Popeye+ crown pizza + etc= ni adalah 2 fast food restaurant y bole kata agak famous jugaklah kat sheff + murah
.
Semoga Allah kurniakan yang terbaik buat semua …

Selamat Maju Jaya =)
(updated version)

seloka Ramadhan

15/08/2010

Assalamualaikum, pembuka bicara

buat saudara mahupon teman,

ku kirimkan seloka pengubat lara

kusampaikan berita,kuukirkan senyuman

.

Terbang jauh si burung tempua

melihat gerhana yang luar biasa

kutunggu kunanti khabar semua

harap kalian baik sentiasa

.

Berehat di pangkin di bawah pohon

menghirup udara membuai lena,

doa restu,keampunan kupohon

moga bahagia kalian di sana

.

Indah sungguh si gunung tahan

secantik gadis di pulau jawa

salam ramadhan dari kejauhan

menanti lebaran yang istimewa

.

Bermain mercun perkara biasa

bermain meriam jarang sekali

ketika enak  berbuka puasa

jangan dilupa  orang di sini …hehe=)

.

Rindu keluarga tiada berkala,

sanggup berjumpa, lautan ku redah

mulianya ramadhan bertambahnya pahala

berebutlah kita  menggandakan ibadah

.

Berzikir, bertasbih menghapus serakah

mendidik jiwa tiada terkira

bulan ramadhan, bulan barakah

rahmatnya melimpah tiada tertara

.

Orang islam sentiasa  peka

segala nasihat jangan dilupa

andai diriku kian terleka

jangan biarkan semakin alpa

.

(Az-zariyat:51:55)

.

salam mubarak semua =)

maaf …harap masih  x terlambat utk hantar seloka ya =)

.

Nisfu Sya’aban

26/07/2010

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !” Kata saya (Nabi Muhammad) :

.

“Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”

.

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.” Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa’idzin.

Mujahid Setia

25/06/2010

Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hinggal ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia

Sunnah Orang Yang Berjuang

21/05/2010

Selangkah ke alam perjuangan bereerti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa kerana ditinggalkan kerana Allah .Daripada mati terkambus tanpa mujahadah .Kita tak sanggup selamanya terluka, tetapi ingatlah, setiap titis darah dari luka & air mata .Itulah mahar kita ke syurga .

Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit? Jawabnya kerana syurga itu manis .Moga diri tabah dalam perjuangan di jalan Allah.

Islam pasti menang tanpa kita & sebaliknya kita pasti hancur tanpa islam … namun dalam memperjuangkan islam bukan semua berjaya , berjaya bukan dari sudut kemenangan ,tetapi daripada maksud kemenangan niat yang mendasari perbuatan.Boleh sahaja kamu berjuang, tetapi itu hanya lah topeng keduniaan , lantas perjuangan itu mencela kamu dengan kemenangan. Namun tatkala berjumpa Allah, kamu kosong tiada bekalan .

Ingatlah munafik dalam diri tidak selamanya dapat dirahsiakan (surah al-Ahzab:24)

nau’zubillahiminzalik~

“ya Allah jauhkan lah kami daripada segala keburukan, tetapkanlah hati dan pendirian kami berjuang hanya keranaMu , ya Allah Amin….”

Takbir!!! Allahuakbar!!!


Menang Atau Syahid

20/05/2010

Kenali Tariq Bin Ziad

Beliau pada asalnya merupakan seorang hamba .Diakhirnya dilantik oleh Musa Nusair menjadi pembantunya kerana memiliki sifat-sifat terpuji.Seterusnya diberi kepercayaan untuk memimpin 12 ribu tentera islam ke Andalusia .

Intro…

Cordova(Qurthubah) , Toledo dan Madrid adalah antara Bandar-bandar yang pernah dikuasai oleh islam suatu ketika dahulu .Bandar2 ini terletak di wilayah selatan Sepanyol yang lebih dikenali  sebagai Andalusia& kawasan ini meliputi 2/3 muka bumi Sepanyol .

Kedatangan islam ke Andalusia (Sepanyol) bukan sahaja membawa cahaya tauhid malah telah membebaskan rakyat negara tersebut daripada segala penindasan dan kezaliman.

Kisah bermula….

Ketika itu .Sepanyol diperintah oleh oleh Raja Roderiga yang berbangsa Gotik..Dia dan orang-ornagnya hidup dalam penuh kemewahan sednagkan rakyatnya hidup dalam penderitaan .

Pelbagai bentuk penindasan telah  penindasan.Para petani dikenakan cukai yang tinggi, kaum wanita terutamanya gadis-gadis cantik turut diperkosa olehnya dan kuncu-kuncunya.Malahan mereka yang cuba melawan pula akan dibunuh dan dibakar hidup-hidup.

Akibat kezaliman ini,ramai rakyat telah melarikan diri ke Afirika yang merupakan sebuah negara yang aman & makmur dan dikuasai oleh kerajaan islam .

Kemunculan islam …

Panglima Julian yang merupakan Gabenor Ceuta telah datang  menghadap Musa Bin Nusair (wakil khalifah islam di Afrika) untuk meminta bantuan tentera islam untuk menumbangkan pemerintahan  Raja Roderiga kerana  telah merogol puterinya , Florida .

Pucuk dicita ulam mendatang , Musa Nusair segera menyiapkan seramai 12 ribu orang angkatan tenteranya untuk menawan Andalusia(Sepanyol) lantas membebaskan rakyat negara tersebut daripada kecaman raja yang zalim.

Maka Tariq Bin Ziad telah dilantik untuk mengepalai tentera perang.

Strategi & semangat …..

Denagn menaiki 12 buah kapal perang ,tentera islam mula menuju ke Benua Eropah . Selepas mendarat ke Andalusia ,Tariq Bin Ziad mengarahkan tenteranya membakar kapal2 yang mereka naiki .Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada sebahagian besar tentera islam .Mereka menganggap tindakan tersebut kurang siuman & bertentangan hukum islam. Mereka juga mempersoalkan bagaimana untuk mereka pulang apabila kapal yang mereka naiki itu sudah dibakar

Jihad…

Tariq Bin Ziad telah segera mengumpulkan tenteranya ke sebuah bukit yang kini dikenali sebagai Gibraltar (Jabal Tariq).lalu menjerit dengan penuh semangat.

“Dibelakang kita laut ,di hadapan kita musuh .Kita terpaksa memilih samada kemenangan atau syahid  .Kita tak akan pulang tanpa mencapai matlamat itu.”

Kata-kata tersebut telah berjaya meniupkan kembali semangat tentera-tenteranya .Dengn semangat yang berkobar-kobar mereka mara menentang 100 ribu orang tentera musuh .

Tariq Bin Ziad menganggap kedatangan mereka ke Andalusia dm mati syahid ataupun mengalahkan musuh .Oleh itu, dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera islam yang berada di bawah pimpinannya tidak bercita-cita mahu pulang walaupun tujuan asal penghantaran tentera tersebut adalah bagi meninjau keadaan tempat  & melihat kekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang bakal dipimpin sendiri oleh Musa Nusair .

19 Julai 711 Masihi…

Pertempuran sengit berlaku antara tentera islam yang dipimpin oleh Tariq bin Ziad dengan tentera Gotik yang dipimpin oleh Raja Roderiga. Akhirnya  tentera Gotik telah berjaya ditumpaskan  manakala Raja Roderiga pula telah mati lemas di sungai Barbat ketika cuba melarikan diri.

Pertempuran Kedua….

Satu lagi pertempuran sengit telah berlaku .Tentera yang dipimpin oleh Tariq telah bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa Bin Nusair .& sekali lagi tentera islam mencapai kemenangan .

Penaklukan Andalusia…

Oleh sebab Tariq masih belum berpuas hati dengan kemenangan tentera islam ,maka dgn persetujuan Musa Bin Nusair, tentera islam telah dipecahkan kepada 4 buah pasukan sebelum dihantar ke Kardoba , Malaga & Granada .

Tariq sekali lagi dengan sendiri memimpin pasukan utama ke Toledo (ibu kota Andalusia )

Keempat-empat kota itu telah berjay ditakluki dengan mudah tanpa mendapat tentangan yang sengit daripada musuh.

Seorang ahli sejarah Phillip K.Hitti berkata, “ Penaklukan Sepanyol merupakan perjuangan pertama & terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab .Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas dalam kekuasaan islam.”

Keamanan…

Rakyat Andalusia yang selama ini menderita akibat penindasan dan kekejaman pemerintah yang zalim telah pon berakhir & digantikan pula dengan kebaikan pemerintahan islam.

Semua paderi kristian yang pada mulanya menyembunyikan diri kerana bimbang dgn tindak balas orang-orang islam telah kembali semula ke kampung halaman & memulakan kehidupan baru di bawah kekuasaan islam yang adil.

Tariq kembali ke Damsyik….

Tariq bercadang untuk meluaskan kuasa umat islam ke seluruh Eropah.Sedang persiapan giat dijalankan , beliau telah diarahkan oleh khalifah untuk kembali ke Damsyik.Beliau tetap akur dengan arahan tersebut.& niatnya untuk menakluki seluru Eropah terpaksa dibatalkan.& Akhirnya Panglima Tariq Bin Ziad telah meninggal dunia di Damsyik

Semoga mendatangkan semangat jihad untuk pemuda2 masa kini.

“Ya Allah suburkan hati-hati kami dengan makrifat(pengetahuan sebenar tentangmu, sekiranya kau mentakdirkan mati, maka matikan lah kami (pemilik hati-hati ini) sebagai syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.Engkaulah sebaik-baik sandaran & sebaik-baik penolong,”Amin Ya  Rabbal Alamin…